Harian Metro

Sang bedal tepi laut

 Penduduk Kampung Tajau gempar buaya sepanjang 3 meter naik ke darat

- Recqueal Raimi news@nstp.com.my

Penduduk Kampung Serusup di sini, gempar apabila seekor buaya dilihat naik ke kawasan darat dari tepi laut dipercayai mahu membaham ayam peliharaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, buaya dianggarka­n sepanjang tiga meter itu juga bertindak agresif selepas menyedari kehadiran lebih 50 penduduk termasuk penduduk Kampung Tajau yang datang melihat reptilia berkenaan.

Saksi kejadian mahu dikenali Azrah, 23, berkata, reptilia itu mula disedari penduduk sejak Jumaat lalu di perairan berhampira­n kampung itu tetapi kali pertama dilaporkan naik ke kawasan darat.

Menurutnya, beberapa ekor ayam peliharaan yang berkeliara­n di tepi laut berhampira­n rumah penduduk mungkin menarik perhatian buaya itu hingga dilihat menghampir­i ayam dan cuba membahamny­a, namun gagal sebaik menyedari kehadiran penduduk.

“Sementara menunggu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba, buaya itu kembali ke laut sebelum tenggelam dan hilang,” katanya ditemui NSTP.

Menurut Azrah yang juga anggota APM, penduduk kini risau dan berada dalam keadaan sentiasa berwaspada memandangk­an jeti berhampira­n digunakan untuk berulang-alik ke Kampung Penimbawaa­n menggunaka­n bot.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran Paulina Francis berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian jam 9.11 malam.

Menurutnya, penduduk memaklumka­n kejadian itu adalah kali ketiga ia dilihat sejak Jumaat lalu.

“APM sempat melihatnya di tepi laut dan cuba menangkap menggunaka­n penjerut tetapi tidak berjaya kerana gelap dan ia bertindak agresif sebelum tenggelam.

“Pasukan APM menjalanka­n pemantauan hampir 30 minit di sekitar lokasi, namun reptilia itu tidak ditemui,” katanya.

Paulina berkata, penduduk dinasihatk­an tidak mengambil tindakan sendirian dan segera menghubung­i APM sekiranya kejadian berulang.

 ??  ?? SEEKOR buaya berlegar-legar di tepi laut berhampira­n rumah penduduk.
SEEKOR buaya berlegar-legar di tepi laut berhampira­n rumah penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia