Harian Metro

10 wabak kolera direkod sejak awal tahun

-

Sebanyak 10 wabak kolera (taun) direkodkan sejak awal tahun ini dengan 18 kes simtomatik dan 24 kes asimtomati­k dicatatkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata, taun dilaporkan setiap tahun di negeri itu dan lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna.

Menurutnya, penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan jangkitan bakteria vibrio cholerae itu juga mudah merebak menerusi pengambila­n makanan atau air tercemar dengan najis atau muntah orang yang dijangkiti.

“Tempoh inkubasi untuk taun adalah dalam masa beberapa jam hingga lima hari dengan kebanyakan jangkitan tidak menunjukka­n sebarang gejala dan ia dikategori­kan sebagai kes asimtomati­k.

“Bagi kes teruk, individu yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit teruk, loya, muntah dan menyebabka­n dehidrasi teruk yang boleh membawa maut kerana mengalami komplikasi seperti asidosis, gangguan peredaran darah dan kegagalan buah pinggang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan dengan itu, Christina berkata, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengelak dijangkiti taun dengan membasuh tangan dengan sabun, hanya meminum air yang dimasak atau dibotolkan, memastikan makanan laut dan ikan dan daging dimasak dengan sempurna.

Selepas lebih 20 tahun, pemilik kediaman di Grace Court, Grace Ville dan Grace Garden di Sembulan akan memperoleh hak milik subsidiari dalam masa terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Junz Wong berkata, seramai 700 pemilik rumah di ketiga-tiga penempatan itu akan menerima hak milik subsidiari untuk kediaman masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, bagi 315 pemilik rumah di Grace Court, mereka dijangka akan mendapat hak milik subsidiari itu dalam masa tidak kurang daripada tiga bulan.

Menurutnya, bagi pemilik 320 kediaman di Grace Ville pula, beliau dimaklumka­n permohonan mereka sudah diluluskan dan akan menerima hak milik itu dalam masa kurang enam bulan.

“Seramai 146 pemilik rumah di Grace Garden, ia masih dalam proses permohonan dan dijangka memperoleh hak milik itu dalam masa kurang 12 bulan.

“Saya dimaklumka­n mengenai isu ini (hak milik subsidiari) oleh pemilik (ketiga-tiga) kawasan perumahan

 ?? Dr Christina Rundi ?? Tempoh inkubasi untuk taun adalah dalam masa beberapa jam hingga lima hari dengan kebanyakan jangkitan tidak menunjukka­n sebarang gejala dan ia dikategori­kan sebagai kes asimtomati­k”
Dr Christina Rundi Tempoh inkubasi untuk taun adalah dalam masa beberapa jam hingga lima hari dengan kebanyakan jangkitan tidak menunjukka­n sebarang gejala dan ia dikategori­kan sebagai kes asimtomati­k”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia