Harian Metro

KAPAL KARAM: KELASI TERSELAMAT

- Essa Abu Yamin cnews@nstp.com.my

Luluh hati seorang bapa yang juga pegawai bomba apabila menerima panggilan rakan setugas memaklumka­n anak perempuann­ya terkorban dalam kebakaran di kuarters kediaman guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Tiwi Nios, 53, berkata, sepanjang tempoh perkhidmat­annya hampir setiap hari menerima panggilan kecemasan, terutama membabitka­n kebakaran.

Bagaimanap­un, katanya, panggilan dari pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi jam 6 pagi semalam menyentap semangatny­a.

“Saya tergamam seketika apabila diberitahu anak perempuan saya, Catherine Janet yang terkorban dalam kejadian itu.

“Pada mulanya saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya dengar tetapi akhirnya menerima hakikat kerana selama ini sering melihat kejadian serupa dan tidak sangka ia berlaku terhadap anak saya,” katanya, semalam.

Sebaik sahaja menerima maklumat itu, Tiwi yang bertugas di BBP Bau berusaha mendapatka­n tiket penerbanga­n ke Miri untuk melihat sendiri keadaan anaknya yang rentung dalam kejadian itu.

Tiwi berkata, Catherine, 25, yang juga anak kedua itu adalah satu-satunya perempuann­ya dari empat anaknya. “Anak saya itu baru saja balik semula ke sekolah tempatnya bertugas pada Jumaat lalu selepas menyelesai­kan urusan untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana di Kota Samarahan.

“Sebelum balik ke Miri, dia cukup ceria dan tidak menunjukka­n sebarang perubahan sikap,” katanya sambil memaklumka­n anaknya itu baru dua tahun bertugas sebagai guru.

Menurutnya, sebagai anak perempuan tunggal, Catherine memang cukup rapat serta manja dengan ibunya, malah jam 6 petang kelmarin ada menghubung­i ibunya itu untuk bertanya khabar.

“Isteri saya kata, sepanjang perbualan mereka, Catherine cukup ceria dan bergurau dengan ibunya.

“Tak sangka, itu perbualan terakhir antara mereka,” katanya.

Difahamkan, Catherine yang bertugas di SK Penghulu Baya Mallang menginap bersama beberapa rakan setugasnya di SK Batu Bungan kerana mereka menghadiri kursus di Mulu.

Miri: “Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine ‘di sana’,” kata Afifah Azhari menerusi status akaun Facebook (FB) miliknya, semalam.

Afifah adalah kakak kepada Syuhadah Azhari, 27, seorang daripada penghuni yang terbabit dalam kebakaran kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu di sini, semalam.

Tragedi itu mengorbank­an seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, yang ditemui rentung dipercayai terperangk­ap ketika cuba menyelamat­kan rakan serumahnya, manakala Syuhadah pula melecur 20 peratus di bahagian muka dan badan.

Catatan Afifah di FB turut menyebut dia mengakui tersentuh apabila dimaklumka­n Catherine terperangk­ap ketika cuba menyelamat­kan adiknya itu.

“Mendiang pada awalnya sudah selamat keluar tetapi masuk semula untuk menyelamat­kan adik menyebabka­nnya terkorban,” katanya.

Afifah dalam status itu turut berkata, Catherine adalah rakan serumah adiknya dan amat baik.

“Adik selalu sering bercerita kebaikan mendiang Catherine kepada saya. Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenang- lah Catherine di sana,” katanya.

Afifah turut memaklumka­n adiknya itu sudah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut tetapi keadaannya masih lemah dan trauma.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad dalam statusnya di FB turut memberi kata semangat buat bapa mangsa, Tiwi Nios, 53, yang juga seorang pegawai bomba.

“Berita pagi ini pastinya tidak diundang sebagai seorang bapa, jauh sekali untuk dirai, apatah lagi jiwa dan hidup kita sebagai anggota bomba.

“Namun, kita terpaksa reda bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuanN­ya.

“Tidak dapat saya bayangkan akan perasaan kehilangan yang diharungi saudara dan keluarga,” katanya.

 Pegawai bomba tergamam terima berita zuriat terkorban dalam kuarters guru terbakar

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kebakaran membabitka­n
dua buah kuarters di SK Bungan, Mulu. Gambar kecil,
Catherine.
KEADAAN kebakaran membabitka­n dua buah kuarters di SK Bungan, Mulu. Gambar kecil, Catherine.
 ??  ?? AFIFAH
AFIFAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia