Harian Metro

TERKANDAS KONVO ANAK DI AUSTRALIA

- Nor Farhani Che Ad news@nstp.com.my

 Keluarga perlu RM45,000 tampung rawatan angin ahmar di Australia

Rakyat Malaysia yang kini dirawat di sebuah hospital di Australia memerlukan dana bagi menampung kos rawatan mencecah A$15,000 atau RM45,000.

Zakaria Darus, 50, dari Taman Seroja, Sungai Layar di sini, dimasukkan ke Royal Brisbane and Women’s Hospital selepas diserang angin ahmar ketika menghadiri majlis konvokesye­n anak sulungnya, Farhan, 22, pada 18 Julai lalu.

Isterinya, Normahani Alli, 45, berkata, Zakaria mula menunjukka­n tanda serangan angin ahmar ketika memasuki bilik air sebelum dia sempat menahan badan suaminya yang hampir terjatuh.

“Kami berdua tiba di Gold Coast pada 17 Julai lalu sebelum dijemput anak ke penginapan­nya di Toowong, Brisbane untuk kami menghadiri majlis konvokesye­n di Universiti Queensland pada keesokan harinya.

“Sebenarnya suami memang menghidap kencing manis dan darah tinggi. Suami kelihatan lemah sejak kami tiba di lapangan terbang sehingga dia hampir terjatuh di dalam bilik air di rumah anak kami namun saya sempat menahan badannya daripada terjatuh,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di sini, semalam.

Normahani berkata, mereka memerlukan A$400 bersamaan RM1,200 sehari untuk kos rawatan suaminya di hospital itu.

Katanya, dia dimaklumka­n suaminya juga perlu dirawat dua minggu lagi bagi memastikan keadaan stabil sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia. Menurutnya, mereka memerlukan RM10,000 bagi kos penghantar­an pulang suaminya.

“Setakat ini kami menggunaka­n simpanan yang ada untuk membiayai kos rawatan di hospital itu memandangk­an suami ada mengambil Skim Pemberhent­ian Sukarela (VSS) ketika dia berhenti kerja pada April lalu.

“Bagaimanap­un, simpanan kami semakin berkuranga­n kerana kami juga perlu menanggung empat lagi anak berusia 12 hingga 20 tahun yang masih belajar dan saya hanya bekerja sebagai pembantu tadika dengan elaun RM500 sebulan,” katanya.

Mereka yang ingin membantu pasangan ini boleh memberikan sumbangan melalui akaun Maybank Normahani bernombor 1020554841­44.

 ??  ??
 ??  ?? ZAKARIA ketika menerima rawatan di Royal Brisbane and Women’s Hospital, Australia.
ZAKARIA ketika menerima rawatan di Royal Brisbane and Women’s Hospital, Australia.
 ??  ?? BAPA pelajar Malaysia perlu menjalani rawatan dua minggu sebelum boleh pulang ke Malaysia.
BAPA pelajar Malaysia perlu menjalani rawatan dua minggu sebelum boleh pulang ke Malaysia.
 ??  ?? NORMAHANI
NORMAHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia