Harian Metro

USAH SEDIH CIKGU

Empat bekas murid bantu jaga anak guru tunai ibadah haji

-

Perancanga­n Allah memang indah apabila Cikgu Azlin Ayub dapat mengerjaka­n haji selepas empat bekas pelajar sanggup membantu ayah mentuanya menjaga empat anak di Malaysia termasuk seorang menghidap cerebral palsy (CP). Bagi empat gadis penuntut universiti itu, inilah masa membalas jasa

cikgu Matematik mereka, lapor Tuan Asri Tuan Hussein dan Suraya Roslan.

4siswi tolongjaga anakbekasg­uru mengerjaka­n

haji

Pada mulanya dia bertutur tenang dan lancar, melahirkan kesyukuran yang amat sangat kerana dipilih menjadi tetamu Allah bagi musim haji tahun ini.

Namun, suara Azlin Ayub, guru dari Kuala Selangor, tiba-tiba tersekat-sekat sebak sebelum dia tidak mampu lagi membendung air mata daripada terus mengalir.

“Perancanga­n Allah itu memang indah,” katanya sambil menahan kesedihan dek kerinduan mendalam terhadap anak lelakinya, Azif Asyrafi Badros, 15, yang menghidap penyakit cerebral palsy (CP) yang terpaksa ditinggalk­an di tanah air.

Azlin, 46, berkata, anak istimewany­a kini dalam jagaan ayah mentua Abdul Basir Sairi, 60-an, dan empat bekas anak murid yang secara kebetulan cuti semester pengajian di universiti masing-masing.

Ibu kepada lima anak itu ditemui ketika wartawan mengikuti sesi ziarah silaturahi­m Unit Bimbingan dan Kaunseling Tabung Haji (TH) di Maktab 75 Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini, dengan diketuai Pengurus Kaunseling, Rashidah Ahmad.

Azlin berkata, jika tidak disebabkan keprihatin­an empat bekas anak muridnya, mungkin dia, suami dan seorang anak perempuann­ya yang juga anak sulung tidak dapat menunaikan ibadat haji kali ini.

“Saya hampir tak jadi datang buat haji kali ini sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak istimewa saya. Dia dilahirkan menghidap CP sejak kecil dan sentiasa perlukan perhatian.

“Dia tak boleh jalan, tak boleh bercakap dan tak boleh buat aktiviti apapun sendirian. Selain itu, saya ada tiga lagi anak yang masih kecil. Jadi, saya buntu memikirkan siapa yang nak jaga mereka semua kalau saya pergi buat haji,” katanya.

Menurut Azlin, dia kemudian sekadar berkongsi perasaan dan kebuntuan itu dengan bekas anak murid yang masih berhubung dengannya dan tak sangka pula mereka sanggup memikul tanggungja­wab itu.

“Syukur kepada Allah SWT. Benar sangat, perancanga­n Allah itu terbaik. Kini empat anak murid perempuan saya itu bergilir-gilir menjaga anak saya di rumah tanpa sebarang bayaran. Saya benar-benar tersentuh,” katanya.

Sementara itu, Rashidah berkata, kes seperti Azlin adalah contoh bagaimana aktiviti ziarah silaturahi­m yang dilakukan pihaknya mampu mencungkil permasalah­an jemaah haji.

“Alhamdulil­lah, jemaah kini ramai bersikap terbuka. Mereka sedia berkongsi masalah. Menjadi tanggungja­wab kami untuk membantu mereka. Kalau ada masalah macam mana nak fokus kepada ibadat,” katanya.

Turut mengiringi Rashidah dalam ziarah silaturahi­m itu, dua Petugas Kaunseling, Muhammad Izuddin Ghazali dan Siti Nordarma Ab Rahman.

Wartawan sempat melihat Siti Nordarma tanpa kekok memberikan nasihat kepada seorang jemaah wanita sejurus didekati ketika berjalan di koridor tingkat lapan Maktab 74.

Rashidah berkata, tujuh kaunselor di bawah unit itu bertanggun­gjawab memberi nasihat dan bimbingan kepada jemaah haji dalam pelbagai aspek, termasuk soal mendapatka­n talian telekomuni­kasi untuk mereka menghubung­i ahli keluarga.

“Biarpun perkara itu nampak kecil, itu yang menjadi keutamaan kebanyakan jemaah sebaik saja tiba di Tanah Suci. Masing-masing sibuk nak hubungi keluarga di Malaysia, bila tak dapat, mereka mengadu kepada kami,” katanya.

Menurutnya, pelbagai pendekatan digunakan pihaknya untuk memberi khidmat nasihat termasuk membuat kunjungan dari bilik ke bilik, sesi kaunseling secara indvidu atau berkumpula­n dan menerima kehadiran jemaah secara

Beliau berkata, aspek ditekankan ialah pengurusan emosi, penyesuaia­n dengan rakan sebilik, urusan kendiri termasuk menepati masa dan paling penting fokus terhadap tujuan utama ke sini iaitu untuk beribadat.

Perancanga­n

Allah itu memang indah

Azlin

 ??  ??
 ??  ?? RASHIDAH (kanan) menenangka­n Azlin yang sedih teringat anak istimewa yang ditinggalk­an di kampung.
RASHIDAH (kanan) menenangka­n Azlin yang sedih teringat anak istimewa yang ditinggalk­an di kampung.
 ??  ?? BEKAS anak murid yang bergilir-gilir menjaga anak Cikgu Azlina.
BEKAS anak murid yang bergilir-gilir menjaga anak Cikgu Azlina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia