Harian Metro

ANGKUT KASI BERSIH

Polis angkut mesin pertaruhan, TNB potong bekalan elektrik

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Lapan premis diserbu polis sebelum ini kerana disyaki menjalanka­n kegiatan mesin judi tanpa lesen dan judi dalam talian dipotong bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam operasi semalam, bagi mengelakka­n mereka mengulangi kegiatan itu.

Operasi bermula jam 10 pagi hingga 3 petang itu disertai anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Gangsteris­m (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, diketuai Inspektor Darlveen Singh, sebagai tindakan susulan.

Ia membabitka­n premis di Jalan Derga, Simpang Kuala (2), Jalan Shahab Perdana, Taman Anggerik, Jalan

Putra, Jalan Langgar dan Pokok Sena.

Jurucakap polis berkata, dalam operasi itu, pihaknya juga mengesan sebuah premis yang pernah diserbu beroperasi semula secara haram.

Menurutnya, premis di Jalan Langgar itu dijadikan sebagai tempat menjual kata laluan (ID) dan tambah nilai permainan judi.

“Mereka hanya menggunaka­n telefon bimbit iaitu dengan menambah nilai kredit panggilan di situ, pelanggan akan diberi akses untuk berjudi dan apabila menang, pelanggan akan datang semula ke premis itu untuk menuntut hadiah.

“Kita masih menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti ejen di negara ini yang bertanggun­gjawab menjalanka­n judi dalam talian ini dan kita percaya dalang sebenarnya berada di luar negara,” katanya.

Dalam serbuan di lapan premis itu sebelum ini, lebih 50 individu ditahan termasuk pelanggan dan pekerja di premis berkenaan, berusia antara 20-an hingga 30-an.

Katanya, ada antara premis terbabit sudah tiga kali diserbu tetapi tidak serik, menyebabka­n pihak polis terpaksa mengambil tindakan memotong bekalan elektrik dengan kerjasama TNB bagi mengelakka­n mereka beroperasi semula.

“Kita percaya ada antara premis meletakkan kamera rakaman litar tertutup sebagai ‘dummy’ tetapi ia sebenarnya tidak berfungsi, sebaliknya hanya untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Susulan itu juga katanya, pihaknya akan memohon supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalka­n lesen mereka kerana disyaki salah guna lesen hiburan diberi sebelum ini.

“Kebanyakan premis mempunyai lesen pusat hiburan yang dikeluarka­n Pejabat Daerah Kota Setar sebelum menyalahgu­nakan lesen dengan menyediaka­n perkhidmat­an judi dalam talian secara haram serta menyediaka­n mesin perjudian.

“Malah ketika operasi dilakukan pihak TNB juga mengesan ada premis yang membuat penyambung­an saluran meter elektrik dari premis lain untuk membolehka­n premis mereka beroperasi semula selepas serbuan polis dan hari ini (semalam) kita buang semua untuk mengelak kejadian sama berulang,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 24 Julai lalu. KAKIITANGA­N TNB memotong bekallan ellektriik dii sebuah premiis yang diipercaya­ii menjjallan­kan aktiiviiti­i perjjudiia­n dii JJallan Langgar.. ANGGOTA polis menyita mesin judi dalam operasi membantera­s judi haram dan pemotongan bekalan elektrik .
LAPORAN Harian Metro 24 Julai lalu. KAKIITANGA­N TNB memotong bekallan ellektriik dii sebuah premiis yang diipercaya­ii menjjallan­kan aktiiviiti­i perjjudiia­n dii JJallan Langgar.. ANGGOTA polis menyita mesin judi dalam operasi membantera­s judi haram dan pemotongan bekalan elektrik .
 ??  ?? DARLVEEN menunjukka­n aplikasi perjudian atas talian yang terdapat dalam telefon bimbit pekerja premis judi.
DARLVEEN menunjukka­n aplikasi perjudian atas talian yang terdapat dalam telefon bimbit pekerja premis judi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia