Harian Metro

ABANG COMEL

Keluarga anggap lelaki kerdil anugerah terindah

- Nazirul Roselan cnews@nstp.com.my

Bentuk fizikalnya yang kerdil dan telatah seperti kanak-kanak menyebabka­n Rizal Abd Rashid, 39, mendapat gelaran ‘Baby Misai’ dalam kalangan penduduk Kampung Padang Lalang, di sini.

Mempunyai ketinggian 76 sentimeter dan berat hanya tiga kilogram, Rizal tetap lincah bergerak biarpun sekadar mengengsot.

Anak keempat daripada lima beradik itu menjadi kesayangan dan penghibur buat keluargany­a walaupun kekurangan dihadapiny­a.

Ibunya, Maheron Samat, 67, berkata, anak istimewany­a itu tidak pernah dianggap sebagai beban buat diri dan arwah suami, Abd Rashid Salleh.

Sebaliknya, Rizal yang juga mesra dengan panggilan Chik itu anugerah terindah dan memiliki keistimewa­an tersendiri.

Katanya, anaknya itu ceria dan memahami apa yang berlaku walaupun tidak dapat bertutur dan bergerak seperti insan normal lain.

“Ketika mengandung­kannya, perut saya hanya sebesar bola dan ketika dilahirkan dia sebesar tapak tangan. Tidak susah langsung nak jaganya, kalau sakit pun seperti demam, selesema dan batuk saja.

“Dia juga suka makan biskut jenama pingpong selain makanan lain dan susu. Badannya mula membengkok pada usia 10 tahun dan ia tidak memberi apa-apa kesan padanya,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di sini, semalam.

Maheron berkata, selain Rizal, dia turut memiliki seorang lagi anak istimewa iaitu anak ketiga bernama Ramli namun meninggal dunia tahun lalu akibat kencing manis.

“Sekarang saya hanya tinggal berdua bersama Rizal, namun anak dan cucu selalu datang menjenguk dan membantu.

“Sebenarnya, sejak memiliki anak istimewa ini, rezeki saya dan arwah suami sentiasa ada walaupun kami hanya bekerja kampung dan mengambil upah menoreh getah,” katanya.

Tidak terfikir untuk meraih simpati dengan keadaan anaknya, Maheron nekad menjaga Rizal sebaik mungkin.

Katanya, kadangkala memang terfikir apa nasib Rizal apabila ketiadaann­ya nanti namun ahli keluarga memberi jaminan untuk menjaganya.

Sementara itu, Maheron menceritak­an rutin harian Rizal, anaknya itu suka berinterak­si dan bermain walaupun tidak mampu bertutur.

“Walaupun hanya beberapa perkataan yang disebut tapi dia memahami apabila menerima arahan. Dia juga suka bermain dengan koleksi permainan yang ada tetapi paling digemari senduk kesayangan­nya.

“Menerusi bantuan bulanan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya gunakan sebaik mungkin buat keperluan Rizal untuk makanan dan lampin pakai buang,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: NAZIRUL ROSELAN ?? MAHERON melayan kerenah Rizal yang sentiasa ceria.
FOTO: NAZIRUL ROSELAN MAHERON melayan kerenah Rizal yang sentiasa ceria.
 ??  ?? RIZAL memiliki ketinggian 76 sentimeter dengan berat tiga kilogram.
RIZAL memiliki ketinggian 76 sentimeter dengan berat tiga kilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia