Harian Metro

PENGGAL, BAKAR KEPALA

Lelaki penggal, bakar kepala wanita tua

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

FAKTA

Badan mangsa di ruang tamu, kepala dibakar bersama

motosikal di simpang jalan

Kepalanya dipenggal, dibakar dan serpihan tengkorakn­ya bertaburan. Itu nasib wanita warga emas yang mati dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah panjang di Roban, Saratok, petang kelmarin.

Mangsa, Gelingi Ngaing, 75, ditemui berlumuran darah dalam keadaan tertiarap tanpa kepala di ruang tamu rumah panjang itu.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superinten­dan Polis Mordani Tanin ketika dihubungi mengesahka­n seorang suspek lelaki berusia 57 tahun juga tinggal di rumah panjang sama ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada penduduk jam 3 petang berhubung kes pembunuhan itu.

“Hasil siasatan di tempat kejadian menemui dua parang, satu kapak dan satu batu pengasah di tempat mencuci berhadapan jalan masuk ke rumah panjang itu dipercayai digunakan suspek untuk menetak mangsa,” katanya.

Pada masa sama, polis menemui serpihan tengkorak mangsa tiga meter dari tempat senjata tajam itu dijumpai.

“Siasatan seterusnya membawa kepada penemuan serpihan tengkorak dibakar bersama motosikal di simpang masuk ke rumah panjang itu,” katanya.

Mordani memberitah­u, menurut keterangan menantu mangsa, dalam kejadian jam 2.30 petang, ibu mentuanya berehat di ruang tamu sebelum didatangi suspek yang terus menghayun dan melibas parangnya.

Katanya, menantu mangsa terselamat apabila sempat menyelamat­kan diri melalui pintu dapur rumah itu.

“Suspek yang dipercayai kurang siuman itu ditahan berhampira­n tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal, dia mengaku memenggal dan membakar kepala mangsa bersama sebuah motosikal milik anak mangsa. “Lelaki itu mendakwa melakukan perbuatan itu selepas mendengar seruan hantu untuk membunuh mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa lokasi tengkorak dan motosikal yang dibakar di Roban. MAYAT mangsa warga emas ditemui meninggal dunia dengan leher terputus dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat.
ANGGOTA polis memeriksa lokasi tengkorak dan motosikal yang dibakar di Roban. MAYAT mangsa warga emas ditemui meninggal dunia dengan leher terputus dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia