Harian Metro

Perkeso sudah lunas bayaran

-

Bayaran faedah Hilang Upaya Sementara Waktu (HUSW) sudah diterima suami kepada pembantu makmal yang diselamatk­an pengguna jalan raya ketika cuba terjun dari Jambatan Peserai, Batu Pahat, Selasa lalu.

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) Johor, Tong Sing Chuang berkata, suami wanita berkenaan yang tidak bekerja akibat kemalangan tujuh bulan lalu menerima bayaran faedah pada 28 Ogos tahun lalu.

“Pihak Perkeso Johor Bahru ingin memaklumka­n bayaran faedah HUSW dibuat tahun lalu iaitu hari pertama permohonan dikemukaka­n kepada Perkeso.

“Jumlah bilangan hari sijil cuti sakit yang dibayar ialah 261 hari,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau merujuk laporan akhbar, semalam, bertajuk ‘Fikiran buntu atas jambatan’ mengenai seorang wanita bersama dua anak mengalami tekanan diselamatk­an pengguna jalan raya.

Dalam kejadian itu, tindakan pantas pengguna laluan Jambatan Peserai menggagalk­an cubaan wanita bersama dua anaknya daripada terjun ke sungai itu jam 1 tengah hari, Selasa lalu.

Wanita terbabit menyatakan mengalami tekanan perasaan disebabkan gagal menghubung­i suami, selain dimarahi pengetua sekolah dengan perkataan kurang sopan.

Dia dan suami juga mendakwa mengalami masalah kewangan kerana lelaki itu tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja, tujuh bulan lalu.

Dakwanya, hingga kini suaminya belum menerima tuntutan Perkeso selepas patah tangan akibat terjatuh ketika memasang pendingin hawa.

FAKTA

Bayaran faedah HUSW dibuat tahun lalu iaitu hari pertama permohonan dikemukaka­n

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia