Harian Metro

Semuanya bertudung

 Wani dakwa video muzik biasa saja tak melampau

- Sudirman Mohd Tahir cnews@nstp.com.my

“Gerak tari dalam video muzik ini biasa saja dan tidak melampau. Bagi saya, tarian ini masih sopan dan menutup aurat,” kata penyanyi Wani apabila tindakanny­a menari dalam video muzik lagu terbarunya, Pendusta Cinta ditegur Da’i Luqman.

Teguran Luqman yang juga bekas peserta program realiti Da’i musim ketiga dibuat di Instagram yang menyebut seorang penyanyi wanita popular bertudung menari dan boleh mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung.

Wani, 21, atau nama sebenarnya Nur Syazwani Selamat ketika ditemui mengakui mengambil keputusan untuk menari memandangk­an single barunya itu berentak rancak.

“Saya yang minta untuk menari kerana kalau diam saja mesti video ini

Mungkin disebabkan orang menganggap saya penyanyi nasyid, jadi mereka berasakan tidak manis menari”

Wani

membosanka­n.

“Namun, saya pastikan gerak tari tidak keterlalua­n dan sesuai dengan imej saya bertudung. Malah, saya minta semua penari wanita yang ada dalam video muzik ini agar bertudung dan mereka akur.

“Mungkin disebabkan orang menganggap saya penyanyi nasyid, jadi mereka berasakan tidak manis menari,” katanya.

Wani yang juga bekas peserta program Gema Gegar Vaganza musim pertama berkata, itu percubaan pertamanya menari. Malah, Wani ingin memberikan kelainan bagi single terbaru yang turut menampilka­n Waris selaku rapper.

“Saya berlatih menari selama dua hari bagi menjayakan muzik video ini. Ketika itu, saya sudah menjangka dikecam.

“Namun, disebabkan ingin menampilka­n kelainan dalam muzik video kali ini, saya teruskan hasrat menari. Dalam masa sama, saya mahu cabar diri buat sesuatu yang baharu,” katanya.

 ??  ?? VIDEO klip penyanyi Wani yang ditegur Da'i Luqman.
SAJAT
VIDEO klip penyanyi Wani yang ditegur Da'i Luqman. SAJAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia