Harian Metro

Sajat enggan komen isu cuba ubah status jantina

-

Kuala Lumpur: Usahawan yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzam­an enggan menjawab dakwaan dirinya ke Jabatan Pendaftara­n Negara untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan pintarnya (MyKad).

Sajat ketika dihubungi enggan mengulas isu terbabit.

“Maaf, saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini.

“Diam tidak bermakna saya buat. Buat masa sekarang lebih baik saya diam dan kita tunggu saja nanti,” katanya.

Sajat turut memaklumka­n dia enggan ambil pusing dakwaan terbabit kerana ada masalah lebih besar yang ditanggung­nya.

“Saya sangat serabut dan mohon diberikan sedikit ruang menyelesai­kan hal berkaitan syarikat.

“Seorang kakitangan menyelewen­g wang syarikat dan saya perlu selesaikan masalah ini dulu kerana menanggung kerugian yang banyak,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mengesahka­n tidak menerima sebarang permohonan daripada usahawan kosmetik itu untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.

Semakan JPN mendapati tiada permohonan dibuat Nur Sajat seperti didakwa dilakukan usahawan terbabit di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, Jumaat lalu.

Difahamkan, sebelum ini Nur Sajat pernah memohon untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan­nya namun ditolak JPN.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada kad pengenalan namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

“Di dalam sijil kelahiran ada tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Jika jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukak­an permohonan untuk memilih satu daripada jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

 ??  ?? MOHAMMAD Razin
MOHAMMAD Razin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia