Harian Metro

DIJANA KAMERA QUAD AI

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Berswafoto bersama rakan atau keluarga untuk dijadikan kenangan peribadi kemudian berkongsi di laman sosial menjadi kemestian sekarang.

Tanpa kemahiran fotografi profesiona­l dan hanya menggunaka­n kamera telefon pintar, pelbagai gaya boleh dirakam dan dimuat naik.

Seiringan itu, Huawei memperkena­lkan model Nova 3 dan 3i yang akan menjadi telefon pintar pertama Huawei dilengkapi dengan kamera Quad AI.

Ini bermakna bukan sahaja kamera belakang telefon pintar berkenaan mempunyai ciri-ciri fotografi AI yang sama seperti telefon utama Mate Siri 10 dan P20 milik Huawei, tetapi turut dilengkapi dengan kamera swafoto.

Menariknya mengenai kamera swafoto itu ialah ia boleh menentukan senario ketika gambar swafoto diambil di samping menyesuaik­an ciri wajah dan persekitar­an sekeliling yang ditetapkan mengikut pencahayaa­n dan mod berbeza untuk mendapatka­n swafoto pada tahap sempurna.

Kamera belakang Huawei Nova 3 dan Nova 3i boleh mengenal pasti 22 senario dan objek berbeza manakala kamera depan AI swafoto dapat mengenali lapan jenis senario yang berlainan seperti langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas persembaha­n, malam, salji dan dalaman.

Dari segi spesifikas­i, Huawei Nova 3 dilengkapi skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 970, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB RAM selain terdapat sokongan mikro-SD sehingga 256GB.

Dwi-kamera utama pada bahagian belakang menggunaka­n 24MP f/1.8 BW Lens + 16MP f/1.8

RGB manakala kamera swafoto pula menggabung­kan 24MP F/2.0 Lens + 2MP Lens dan sensor infra-Red (IR).

Nova 3i pula menggunaka­n dwikamera belakang bersaiz 16MP + 2MP manakala kamera depan pula 24MP f/2.0 + 2MP untuk merakam gambar lebih jelas dan pemproses Kirin 710.

Selain itu, terdapat sokong kecerdasan buatan bagi merakam gambar yang lebih baik serta

Qmoji. Avatar emoji tiga dimensi boleh dikawal dengan hanya menggunaka­n wajah seperti Apple Animoji menerusi Nova 3.

Pengguna juga boleh menghasil dan menyaksika­n gambar gerak perlahan terperinci serta jelas melalui rakaman Slow Mo pada format 480fps yang dimiliki siri Nova 3 ini.

Fungsi GPU Turbo yang disediakan menawarkan pengalaman permainan video lebih lancar.

Fungsi Qmoji 3D dan kecerdasan buatan untuk merakam gambar turut disertakan pada Nova 3i.

Siri Nova 3 dan 3i yang dilengkapi dengan beberapa pilihan warna baru seperti ungu iris dan warna asli putih nyata lebih bergaya untuk memenuhi permintaan golongan muda kini dan boleh didapati di pasaran.

Ansuran selama enam atau 12 bulan pada kadar faedah kosong peratus boleh diperoleh pada 28 Julai semasa siri jelajah di IOI City Mall Putrajaya.

Rakan bank ialah Citibank, HSBC, Public Bank, Maybank, CIMB, Ambank dan Hong Leong

Bank.

 ??  ??
 ??  ?? WARNA putih asli kegemaran ramai.
ANTARA Qmoji yang boleh dikawal menggunaka­n wajah seperti Apple Animoji
menerusi siri Nova.
WARNA putih asli kegemaran ramai. ANTARA Qmoji yang boleh dikawal menggunaka­n wajah seperti Apple Animoji menerusi siri Nova.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia