Harian Metro

Gembira dalam duka

- Samadi Ahmad cnews@nstp.com.my

Kegembiraa­n terpilih sebagai jemaah haji tahun ini sukar digambarka­n bagi pasangan suami isteri Norizan Tokimin, 39, dan Haryati Abd Rahman, 35, kerana terpaksa meninggalk­an tiga anak yang masih kecil.

Pasangan dari Kampung Ginching, Salak, Sepang itu terpaksa berpisah sementara dengan tiga anak mereka, Muhammad Hariz Danish, 10, Muhammad Hariz Elman, 5, dan Hana Safiya, 3.

Haryati ketika ditemui berkata, dia dan suami menerima tawaran ini dengan hati berbelah bahagi kerana tidak sanggup berpisah dengan anak, namun pada masa sama tidak mahu melepaskan peluang menunaikan ibadat haji pada usia muda.

“Peluang ini tidak harus ditolak kerana ia cuma datang sekali, kalau saya tolak mungkin terpaksa menunggu lebih lama selepas ini.

“Justeru, saya dan suami perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal demi mendapat haji yang mabrur,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji Sepang di sini, semalam.

Katanya, dia juga sudah melatih anak supaya tinggal bersama ibu bapanya termasuk mentua yang tinggal berdekatan rumah bagi memastikan mereka mesra dan selesa.

Haryati berkata, dia akui lebih tenang dan tidak sabar beribadat di Tanah Suci kerana keluargany­a dan mentua banyak memberi sokongan serta bersedia menjaga anaknya sepanjang menunaikan haji kelak.

Sementara itu, Norizan yang bertugas dengan sebuah syarikat cari gali minyak di Terengganu berkata, anak mungkin sudah biasa dengan ketiadaann­ya kerana hanya berjumpa setiap dua minggu sekali disebabkan kekangan kerja.

“Mereka (anak) lebih rapat dengan isteri saya. Dia (isteri) mungkin lebih sedih kerana pertama kali berpisah jauh dengan anak.

“Sebelum berangkat ke Tanah Suci, saya dan isteri

 Suami isteri teruja terpilih ke Tanah Suci biarpun sedih terpaksa tinggal tiga anak kecil

banyak menghabisk­an masa bersama anak dan setiap hari memberi sokongan serta motivasi agar mereka memahami tujuan pergi ke Makkah untuk beribadah.

“Sebagai tetamu Allah SWT, saya akan berusaha mendapatka­n haji mabrur dan mengambil kesempatan berdoa di sana untuk kesejahter­aan dan keselamata­n anak supaya sentiasa dilindungi Allah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia