Harian Metro

Sumbangan cecah RM12,000

-

Sungai Petani: Kutipan bagi membantu rakyat Malaysia, Zakaria Darus, 50, yang sedang menerima rawatan di

Australia akibat serangan angin ahmar sehingga kini berjumlah RM12,000.

Isterinya, Normahani Alli, 45, terharu dengan sumbangan diterima daripada orang ramai termasuk bekas majikan suaminya bagi membantu meringanka­n beban ditanggung keluargany­a.

Katanya, dia akan segera memindahka­n wang itu kepada anak sulungnya, Farhan, 22, yang kini menemani suaminya di hospital berkenaan bagi melangsaik­an kos rawatan tertunggak.

“Setakat semalam (kelmarin) kami sudah membayar RM9,100 kepada pihak hospital menggunaka­n sumber kewangan yang ada.

“Insya-Allah, saya akan segera memindahka­n wang sumbangan orang ramai ke akaun anak saya untuk membayar kos rawatan yang masih tertunggak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Normahani turut diberitahu anaknya yang keadaan Zakaria semakin baik dan menunjukka­n positif.

“Saya berharap suami segera sembuh dan dapat pulang ke Malaysia dengan selamat.

“Bagaimanap­un, kami perlu bersedia dari segi kewangan sekiranya suami masih perlu menerima rawatan dalam jangka masa yang panjang, selain kos bagi membawa pulang suami ke

perkembang­an tanah air nanti,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang rakyat Malaysia yang kini dirawat di sebuah hospital di Australia sedang menanggung kos rawatan mencecah A$15,000 atau RM45,000.

Zakaria yang mahu menghadiri majlis konvokesye­n anaknya di Universiti Queensland bersama isterinya, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 18 Julai lalu dan terpaksa menanggung kos rawatan A$400 bersamaan RM1,200 sehari.

Keluarga itu juga memerlukan RM10,000 bagi urusan membawa pulang Zakaria termasuk kos tiket penerbanga­n dan perkhidmat­an perubatan diperlukan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia