Harian Metro

Terima 73 aduan sejak perkenal talian hotline

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 79 aduan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung premis perjudian menerusi talian hotline dan bilik gerakan khas di setiap kontinjen negeri di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, jumlah itu direkodkan sejak seminggu bilik gerakan dan talian hotline berkenaan diperkenal­kan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 48 serbuan berjaya dilakukan manakala 18 maklumat yang dilaporkan adalah negatif,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, aduan yang paling banyak diterima adalah dari kontinjen Kedah iaitu 27 aduan.

“Manakala, kontinjen Selangor menerima 18 aduan diikuti kontinjen Bukit Aman sebanyak 10 dan Johor sebanyak lapan aduan.

“Polis berterima kasih kepada masyarakat yang peka dan bersedia memberikan maklumat (kepada polis) untuk membantera­s kegiatan haram ini,” katanya.

Minggu lalu, polis membuka bilik gerakan khas di setiap kontinjen negeri seluruh negara bagi memudahkan masyarakat menyalurka­n maklumat secara terus mengenai kegiatan perjudian.

Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan berkata, usaha itu sebagai langkah tambahan PDRM untuk menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan perjudian di sekeliling mereka.

Katanya, polis amat memandang berat kenyataan daripada pelbagai pihak yang mempertika­ikan kesungguha­n dan keberkesan­an tindakan pihaknya dalam menangani gejala judi sedangkan PDRM komited dalam menangani isu itu.

 ??  ?? WAN Ahmad Najmuddin
WAN Ahmad Najmuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia