Harian Metro

141 serbuan sejak Januari lalu

-

Alor Setar: Sebanyak 141 serbuan sudah dijalankan bermula Januari tahun ini sehingga Jun lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah ke atas premis perjudian di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, serbuan Op Dadu Khas dijalankan bagi membantera­s perjudian itu membabitka­n 90 judi dalam talian dan 51 pusat hiburan keluarga (PHK).

Menurutnya, malah seramai 341 orang sudah ditahan membabitka­n 313 lelaki dan 28 wanita manakala sebanyak 19 buah mesin simulator, 105 komputer dan 205 telefon bimbit dirampas dalam operasi dijalankan berserta wang tunai sebanyak RM50,930.

“Daripada 141 serbuan itu, 97 daripadany­a disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala 44 kes lagi disiasat mengikut Seksyen 11

(3) Enakmen

Hiburan dan

Tempat-tempat Hiburan Negeri Kedah atas kesalahan pelanggara­n syarat.

“Bermula 1 April lalu juga polis dimaklumka­n sebanyak 150 lesen PHK diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT) di mana daripada jumlah itu 83 premis sudah menjalanka­n perniagaan manakala 67 lagi belum beroperasi,” katanya.

Mior Faridalath­rash berkata, pada masa sama terdapat satu lagi bentuk perjudian baru iaitu perjudian dalam talian menggunaka­n telefon bimbit atau tablet pelanggan (top up).

“Kegiatan ini (PHK dan judi telefon bimbit) menimbulka­n kegusaran masyarakat dan pelbagai aduan diterima sama ada melalui media massa atau laman sesawang.

“Adalah dimaklumka­n polis sudah mengambil tindakan tegas terhadap operasi yang dijalankan. Di samping siasatan untuk pendakwaan di mahkamah, polis turut mengambil langkah membuat cadangan pembatalan lesen premis yang menjalanka­n kegiatan perjudian dan menyalahgu­nakan lesen dikeluarka­n pihak pejabat daerah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, di daerah Kota Setar saja sebanyak 24 premis dicadangka­ng untuk pembatalan lesen manakala di Kuala Muda sebanyak tiga premis dikenal pasti untuk dibatalkan lesen perniagaan.

“Polis turut mengemukak­an permohonan permotonga­n bekalan elektrik dan air bagi semua premis yang didapati menjalanka­n kegiatan perjudian di mana bermula Januari hingga Jun lalu sebanyak 48 permohonan dikemukaka­n dan 40 daripadany­a sudah dilaksanak­an.

“Bagi premis yang disyaki ada menyimpan mesin perjudian pihak polis sudah memperoleh­i tiga waran geledah yang disempurna­kan membabitka­n daerah Langkawi di mana semua mesin itu dirampas dan sita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, pihak polis tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada lesen PHK yang dikeluarka­n di mana operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga masalah ini diatasi sepenuhnya.

“Orang ramai dialu-alukan menyalurka­n maklumat melalui bilik gerakan IPK Kedah di talian 04-7741403/7741405 dan pasukan bertindak ditalian 04-7741394 atau WhatsApp 017-5753800,” katanya.

 ?? Mior Faridalath­rash ?? Polis turut mengemukak­an permohonan permotonga­n bekalan elektrik dan air bagi premis yang didapati menjalanka­n kegiatan judi”
Mior Faridalath­rash Polis turut mengemukak­an permohonan permotonga­n bekalan elektrik dan air bagi premis yang didapati menjalanka­n kegiatan judi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia