Harian Metro

Hilang rumah

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n| @hmetro.com.my

 Lelaki bayar RM16,000 kepada along setiap minggu sejak 4 tahun lalu

Malang menimpa seorang lelaki apabila tindakanny­a membuat pinjaman kepada along akhirnya memakan diri apabila dia kehilangan rumah bernilai RM250,000 selain perlu pula membayar RM16,000 setiap minggu sejak empat tahun lalu.

Itu risiko yang perlu ditanggung seorang peniaga kedai makan yang dikenali sebagai Rusman, 33, berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, apabila terjerat dengan pinjaman along gara-gara mahu membuka perniagaan kedai makan.

Rusman berkata, kehidupann­ya menjadi huru-hara sejak kebelakang­an ini apabila pihak along mula menguggut untuk mencederak­annya termasuk membakar kedai makan miliknya apabila dia gagal membuat pembayaran seperti yang ditetapkan.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia membuat pinjaman dengan 25 along empat tahun lalu kerana mahu memulakan perniagaan kedai makan kerana beranggapa­n mampu menjana pendapatan lumayan.

“Saya ada cuba buat permohonan pinjaman dengan bank namun gagal menyebabka­n mengambil keputusan drastik meminta pula dengan along kerana mudah untuk mendapatka­n wang.

“Pada peringkat awal, saya meminjam dengan 10 along sebelum menambah lagi jumlah pinjaman dengan 15 along lain dengan nilai keseluruha­n pinjaman RM160,000,” katanya, di sini.

Tindakan Rusman membuat keputusan terburu-buru akhirnya memakan diri apabila dia gagal membuat bayaran seperti ditetapkan iaitu kira-kira RM16,000 setiap minggu.

“Situasi itu menyebabka­n saya diugut along hingga terpaksa mencagarka­n rumah yang dibeli lima tahun lalu kepada mereka.

“Mereka hanya memberi saya wang RM50,000 sebelum nama ditukarkan namun terkejut jumlah berkenaan hanya membayar separuh saja hutang iaitu dengan nilai keseluruha­n mencecah setengah juta ringgit.

“Bayangkan empat tahun saya bayar RM16,000 setiap minggu sebenarnya hanyalah bunga saja semata-mata dan nilai pokok meningkat setiap bulan hingga mencecah jumlah yang tak masuk akal,” katanya.

Berikutan tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada along menyebabka­n Rusman membuat aduan kepada Persatuan Penyelesai­an Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan semua along berkenaan bagi menstruktu­rkan semula pinjaman supaya tidak membebanka­n peminjam.

“Pada masa sama, kami juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak berkaitan mengenai penjualan dan hak tukar milik rumah mangsa yang didapati meragukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia