Harian Metro

‘Rai kebaikan, manfaat susu’

- Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@mediaprima.com

 Goodday Milk Fest 2018 rai ulang tahun ke-50 tawar promosi menarik kepada pengguna

Acara tahunan Goodday Milk, Goodday Milk Fest 2018 kembali lagi, tetapi kali ini lebih istimewa sempena ulang tahun ke-50 produk susu itu.

Mula memasarkan produk itu di pasaran tempatan sejak 1968, pelbagai program dan promosi menarik ditawarkan kepada pengguna menerusi tawaran hebat, peraduan radio dan promosi.

Ia sebagai menzahirka­n rasa terharu dan terima kasih mereka atas sokongan berterusan rakyat Malaysia selama 50 tahun.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram, berkata, penganjura­n Goodday Milk Fest 2018 bersempena ulang tahun ke-50 susu itu menjadi pelengkap antara Etika dan pengguna terutama dalam menyatakan rasa terima kasih di atas sokongan selama ini.

“Promosi dan kempen ini bertujuan meraikan kebaikan dan manfaat susu yang boleh diperoleh daripada pelbagai variasi enak Susu Goodday.

“Selain memperkena­lkan variasi baharu Susu UHT Kurma, Etika juga mahu berkongsi kebaikan susu Goodday yang tiada bandingan terutama dalam penjagaan kesihatan dan diet harian,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kempen yang berlangsun­g selama enam hari bermula 24 Julai lalu ialah peraduan

Maths-for-cash

oleh stesen radio MixFM dengan hadiah bernilai RM45,000.

Pendengar boleh mengikuti cabaran setiap jam dari 9 pagi hingga 7 malam dengan menjawab soalan matematik berhubung promosi festival susu Goodday.

Selain itu, pelbagai promosi menarik dan eksklusif turut ditawarkan kepada pengguna sepanjang kempen ini melalui rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven dan stesen minyak Shell Select.

Untuk susu UHT 250 mililiter (ml), harga ditawarkan ialah RM1.50 di 7-Eleven dan tawaran percuma dua pek Susu Goodday UHT 250ml dengan setiap pembelian dua pek yang sama di Shell Select.

Begitu juga kedai Mesra PETRONAS mengadakan peraduan selama enam hari sehingga 29 Julai ini di mana lima pemenang dipilih setiap hari untuk menerima petrol percuma bernilai RM1,000.

Peserta hanya perlu membeli dua pek Susu Goodday UHT 250ml dalam satu resit di cawangan Kedai Mesra PETRONAS, kemudian menghantar butiran peribadi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan simpan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian.

Turut serta dalam kempen ini ialah myNEWS.com dengan promosi dua pek Susu Goodday UHT 250ml pada harga RM3 dan kedai runcit Speedmart menawarkan Goodday UHT satu liter pada harga RM4.49 sehingga 1 Ogos ini.

TGV juga mengadakan promosi menarik dengan pembelian satu bungkus popcorn besar dengan tambahan satu pek Susu Goodday UHT 250ml pada harga RM1.90.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia