Harian Metro

Keputusan di tangan PM

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

Keputusan sama ada peletakan jawatan sembilan pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) diterima atau sebaliknya akan ditentukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Perdana Menteri memiliki prerogatif menentukan hala tuju Khazanah termasuk melantik pengarah baharu atau mengekalka­n pengurusan sedia ada.

“Perdana Menteri akan membuat keputusan terakhir dan kita serahkan pada kebijaksan­aannya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Guan Eng diminta mengulas peletakan jawatan sembilan pengarah Khazanah termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Nor Md Yusof bagi memberi laluan kepada kerajaan baru memutuskan kepemimpin­an serta hala tuju dana kekayaan kedaulatan itu.

Pengarah lain membabitka­n Datuk Seri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Dr Mahathir mengkritik Khazanah yang didakwa menyimpang daripada tujuan asal dalam membantu Bumiputera.

Guan Eng berkata, keputusan peletakan jawatan itu bagi memberi peluang Perdana Menteri membuat ke- putusan mengenai masa depan Khazanah.

“Itu keputusan mereka, mungkin mereka ingin memberi peluang kepada Perdana Menteri membuat keputusan mengenai hala tuju seterusnya, sama ada pengarah yang dilantik kerajaan

„ Sembilan ahli Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan beri laluan kepada kerajaan baru

lama dikekalkan atau melantik pengarah baru.

“Itu adalah langkah bijaksana untuk memberi pilihan kepada Perdana Menteri membuat keputusan,” katanya.

Ditanya sama ada pelantikan dan peletakan jawatan pengarah Khazanah dibincang oleh jemaah Menteri, Guan Eng berkata, ia tidak berbangkit dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskan langkah seterusnya,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Azman
MOHAMED Azman
 ??  ?? RAJA Arshad
RAJA Arshad
 ??  ??
 ??  ?? NAZIR
NAZIR
 ??  ?? NOR
NOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia