Harian Metro

Bolot ruang

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

„ Pemandu lori parkir tepi jalan akibat kereta penuhi tempat letak kenderaan berat

“Tindakan pemandu kereta meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir untuk kenderaan berat menyukarka­n lori dan bas berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

“Perkara ini dikenal pasti antara punca menyebabka­n pemandu lori meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan berikutan tempat parkir disediakan penuh,” kata Presiden Persatuan Pemandu Lori dan Bas Perak Abdullah Hashim.

Menurutnya, hasil pemantauan susulan aduan diterima pihaknya mendapati kebanyakan petak parkir untuk kenderaan berat di beberapa R&R dan hentian sebelah terutama di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) digunakan oleh pemandu kereta.

Abdullah berkata, pemandu kereta sepatutnya meletakkan kenderaan masing-masing di petak parkir yang disediakan untuk mereka.

Berikutan itu beliau berharap pengguna kenderaan ringan lebih peka mengenai hal itu kerana tindakan mereka hanya akan menyulitka­n pemandu lori dan bas yang berhenti untuk berehat, makan serta ke tandas.

Beliau berkata, sebagai langkah susulan pihaknya sudah maklumkan permasalah­an itu kepada syarikat konsesi lebuh raya yang menguruska­n kawasan R&R dan hentian sebelah.

“Syarikat konsesi perlu memainkan peranan dalam menyelesai­kan masalah ini. Contoh mereka kena sediakan petugas untuk pastikan kereta tidak diparkir di petak disediakan untuk kenderaan berat.

“Lebih sulit kalau perkara ini berlaku pada waktu malam berikutan itu pemandu lori memakir kenderaan mereka di bahu jalan yang boleh membahayak­an pengguna lebuh raya lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Khamis lalu Harian Metro melaporkan tindakan pemandu kenderaan berat itu yang meletakkan lori atau treler di tepi jalan untuk berehat boleh mengundang malapetaka kepada pengguna jalan raya lain.

Antara paling berisiko adalah penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak menyedari kehadiran berat kenderaan itu apalagi jika berwarna gelap dan tiada pemantul cahaya.

Tinjauan dilakukan oleh wartawan di laluan (PLUS) dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, Perak di kedua-dua hala mendapati ada pemandu lori meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan berdekatan susur masuk di beberapa hentian R&R yang terdapat di sepanjang laluan berkenaan.

 ??  ?? PEMANDU kereta meletakkan kenderaan dipetak parkir kenderaan berat di kawasan R&R menjadi punca pemandu lori parkir di tepi jalan.
PEMANDU kereta meletakkan kenderaan dipetak parkir kenderaan berat di kawasan R&R menjadi punca pemandu lori parkir di tepi jalan.
 ??  ?? KENDERAAN berat tiada tempat parkir.
KENDERAAN berat tiada tempat parkir.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 19 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro 19 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia