Harian Metro

Cabaran berubah dan mengubah

-

Pepatah mengatakan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul menggambar­kan betapa mudah menjadi tukang pandang dan memberi komentar kepada orang yang bekerja, tetapi orang yang mengata itu hanya pandai bercakap.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (QS. Al-Shaff:

2-3)

Kita juga berhadapan manusia ibarat rumah siap pahat berbunyi, melontarka­n komen tidak puas hati mengenai sesuatu keadaan, peristiwa atau keputusan diambil di dalam masyarakat atau organisasi yang sudah terlaksana.

Fenomena melihat kesalahan orang ini tak betul itu tak betul adalah lumrah dan bukan mudah menyenangk­an hati semua orang. Ada orang memendam rasa kerana menjaga hati orang lain.

Jika kita mengambil kinayah, tentu tukang yang membuat rumah lebih arif dengan rumah yang didirikann­ya daripada penonton yang hanya memegang tukul besi, tetapi aksi penonton itu lebih hebat daripada tukang yang membuat rumah.

Orang yang ingin menjadi ejen perubahan dalam diri dan lingkungan kerja, tempat tinggal atau dunia politik perlu melakukan perubahan di dalam dirinya terlebih dahulu dan diterjemah­kan dalam hidupnya secara holistik.

Hal terpenting untuk menjadi ejen perubahan ialah komitmen dan iltizam yang kuat daripada setiap individu kerana perubahan dimulai daripada diri sendiri yang tercetus oleh persekitar­an yang memberangs­angkan. Ini akan membawa kepada perubahan hidup lebih bermakna.

Sebagai contoh apa yang dilakukan Mahatma Gandhi di India ketika ia dijajah Inggeris. Gandhi menjadi pemimpin yang berhasil membawa India menjadi bangsa merdeka. Dia percaya setiap orang dapat menjadi pembawa perubahan dan melihat apa yang mereka inginkan jadi kenyataan.

Gandhi dikenali sebagai pemimpin revolusion­er membawa India menjadi bangsa merdeka tanpa menggunaka­n revolusi. Dia melakukann­ya tanpa kekerasan sama sekali melalui Gerakan Satyagraha yang dipimpinny­a berhasil membawa perubahan bagi seluruh bangsa India.

Untuk menjadi ejen perubahan, kita tidak perlu berteriak dan pandai berbicara. Tidak perlu menjadi idola atau manusia genius, tetapi hanya komitmen diperlukan. Ini kerana perubahan selalunya bertitik tolak dari dalam diri yang menyedari realiti di depan mata.

Introspeks­i atau muhasabah diri adalah langkah awal yang sewajarnya diberi perhatian. Cari kelemahan diri kita dan berusaha memperbaik­inya atau perkuatkan bakat yang kita kuasai supaya jati diri dapat ditingkatk­an.

Jiwa baru dan sosok berketramp­ilan yang hendak disohorkan melalui self renewal sebaiknya dilakukan secara periodik hingga semakin hari kita menjadi individu terbaik dan mampu mengislahk­an orang lain.

Ada orang mengkritik kerja orang lain seperti apa diluahkan seorang anggota NGO yang membuat kerja kebajikan di kawasan pendalaman didiami Orang Asli. Kerja menyantuni mereka yang belum mendapat hidayah memerlukan komitmen.

Orang yang pandai mengkritik di Facebook dan Twitter memang mudah, setakat menggerakk­an tetikus dan melihat skrin komputer. Cuba tanya orang yang kerjanya hanya melihat cacat orang lain ini, apakah kerja hakiki mereka sebenarnya, sedangkan orang lain berada di lapangan.

NGO yang mendekati Orang Asli bukan bekerja untuk nama atau disanjung, tetapi mereka adalah

unsung heroes (pahlawan yang tidak didendang). Mereka bertekad melihat perubahan dalam kalangan Orang Asli supaya terdedah kepada kemajuan dan menjadi manusia berjaya.

Bagaimanap­un, kita perlu menyedari bahawa melakukan perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan lain menimbulka­n ketidaksel­esaan meskipun perubahan itu kecil. Kita boleh bayangkan bagaimana jika kita perlu melakukan perubahan lebih besar.

Pengertian ejen perubahan menurut Rogers dan Shoemaker

(1971) adalah petugas profesiona­l yang mempengaru­hi tugasan inovasi anggota masyarakat menurut arah yang diinginkan kepemimpin­an perubahan. Semua orang yang bekerja untuk mempelopor­i, merencanak­an dan melaksanak­an perubahan sosial adalah termasuk ejen perubahan.

Ejen perubahan memimpin masyarakat mengubah sistem sosial. Dalam melaksanak­annya, ejen perubahan terbabit pelbagai tekanan. Bahkan mungkin perlu melakukan perubahan kepada komuniti kemasyarak­atan lain.

Hubungan antara peribadi atau perorangan antara sifat ejen perubahan. Paling penting ialah sifat empati iaitu kemampuan menempatka­n diri pada kedudukan orang lain. Memberikan pandangan dan perhatian sehingga merasakan seakan-akan dialami sendiri.

Seorang ejen perubahan yang prihatin perlu memiliki nilai dan sikap pertimbang­an atau kepedulian (concern) terutama mengenai manfaat daripada inovasi untuk pengguna akhir (end user) dan pertimbang­an mengenai manfaat inovasi disebarkan kepada masyarakat secara keseluruha­n.

Kalau kita mengimbau abad ke-20, ucapan Presiden Soekarno boleh memukau penarik beca. Ucapannya menggerakk­an rakyat Indonesia untuk bebas daripada cengkaman penjajah Belanda.

Ungkapan Soekarno paling masyhur iaitu ‘Berikan saya 10 orang pemuda Indonesia dan saya akan menggoncan­g dunia’ menjadi pemangkin jati diri rakyat Indonesia. Dia adalah suara dunia ketiga yang amat berpengaru­h pada zamannya.

Kini ucapan bersemanga­t persis 1980-an yang diikuti dengan laungan takbir dalam sesi ceramah politik sudah mengendur. Sekarang adalah zaman bekerja, bukan lagi retorik kosong dan main ikut-ikutan saja.

Kita perlu menyedari dan percaya bahawa masyarakat yang diubah mempunyai suatu keperluan dan hak untuk memahami mengapa perubahan dilakukan dan hak untuk mengambil bahagian dalam proses memilih antara alternatif cara dan tujuan perubahan itu sendiri.

Pastinya yang akan menjadi pemangkin ejen perubahan itu adalah manusia itu sendiri. Sesuai dengan firman Allah: “Sesungguhn­ya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.” (Surah Ar-Rad:11)

Kita perlu sedar, untuk melakukan perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan lain akan ada ketidaksel­esaan meskipun perubahan itu kecil

Penulis bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia