Harian Metro

Manfaat Surah al-Kahfi

Menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim akhir zaman

-

Saya seorang penuntut sebuah universiti tempatan. Sebenarnya, saya masih tidak jelas berkenaan bacaan Surah Yasin yang diadakan pada malam Jumaat.

Ada yang mengatakan supaya membaca Surah Yasin manakala ada juga pendapat lebih baik membaca Surah al-Kahfi.

Bukankah kedua-dua itu surah daripada al-Quran dan baik dibaca?

Ammar, Melaka

Sememangny­a keduaduany­a itu satu surah daripada surah dalam alQuran.

Kelebihan membaca ayat al-Quran ialah setiap huruf dikira satu kebaikan yang akan dilipatgan­dakan menjadi 10 kebaikan.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.

Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhusus­kan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaska­n perkara berkenaan.

Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarka­n dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.

Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan menerangin­ya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)

Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan menerangin­ya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat alHakim dan al-Baihaqi)

Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatk­an Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihar­a daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihar­a daripada fitnah Dajjal.”

Berdasarka­n hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah alKahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.

Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dipilih?

Sepuluh ayat terawal memperihal­kan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukka­n natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahka­n lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabbu­rkan ayat al-Quran serta mengharap pemelihara­an Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagian­nya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalka­nnya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggengga­m bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimananny­a.

Mereka meninggalk­an segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.

Penulis ialah pendakwah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia