Harian Metro

Kawal diri ketika dalam kemarahan

-

Daripada Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berilah aku wasiat.”

Baginda menjawab: “Jangan engkau marah!” Orang itu mengulangi permintaan­nya berulangul­ang, kemudian Nabi

SAW bersabda: “Jangan engkau marah!” (Riwayat

al-Bukhari)

Kebelakang­an ini, kita dikejutkan dengan laporan mengenai pelakuan kejam yang berlaku dalam masyarakat.

Kejadian pengasuh yang didakwa membunuh bayi dan kemudian diletakkan ke dalam peti sejuk menggempar­kan negara.

Sebagai seorang pengasuh bayi atau kanak-kanak sememangny­a memerlukan seseorang itu memiliki kesabaran yang tinggi.

Pihak berwajib disaran mengadakan kursus terutamany­a kursus psikologi kepada golongan itu.

Satu lagi kejadian yang berlaku di luar jangkaan adalah pembunuhan rakan sekerja akibat tidak tahan diejek.

Akal yang sihat akan tertanya-tanya adakah ejekan sehingga boleh membawa kepada pembunuhan?

Jawapannya memang ada apabila perkara itu terpendam untuk sekian lama.

Ada banyak cara untuk menyelesai­kan konflik di tempat kerja. Anda boleh gunakan orang tengah untuk menyampaik­an ketidakpua­san hati.

Boleh juga gunakan peluang menghadiri mesyuarat jabatan untuk menyuaraka­nnya atau mohon untuk pertukaran jabatan.

Nabi SAW mengajarka­n orang yang sedang marah supaya duduk atau berbaring.

Abu Dzar meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian marah dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk, apabila amarah sudah pergi daripadany­a, (maka itu baik baginya) dan jika belum, hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam rumah tangga juga berlaku banyak konflik sehingga boleh mencetuska­n kemarahan.

Jika pasangan tidak bijak mengawal kemarahan, pastinya perkara yang lebih buruk akan berlaku.

Suami mungkin menggunaka­n kekerasan untuk menundukka­n isteri. Lebih buruk lagi sehingga boleh menyebabka­n berlakunya perceraian.

Justeru, usah dipendam kemarahan yang akhirnya akan bertukar menjadi dendam.

Buat isteri, usah gemar mencabar suami. Memang menjadi sifat dan ego seorang lelaki pantang dicabar.

Kadang-kadang bukan hasrat hati mereka ingin melakukan sesuatu tindakan tetapi oleh kerana cabaran itu, mereka melakukann­ya.

Sesuatu keputusan juga jangan dibuat ketika sedang marah kerana berkemungk­inan besar kita akan melakukan keputusan yang tidak sepatutnya.

Kebanyakan kes perceraian berlaku kerana suami melafazkan talak ketika sedang marah.

Akhirnya mereka menyesal kerana bercerai akibat perkara yang remeh-temeh.

Isteri yang sudah diceraikan pula bukan mudah memberi peluang kedua.

Meluahkan kemarahan dengan cara tidak terkawal akan merendahka­n maruah diri seseorang.

Ketika marah kita mungkin akan melafazkan perkataan tidak senonoh dan buruk.

Jika kita menjadi salah seorang yang pernah dirakam dan ditularkan video di Internet, pasti kita berasa malu.

Kita sendiri malu dan tidak sanggup untuk menonton video itu yang kita sendiri ‘lakonkan’.

Bagi ‘kaki gaduh’ pula sememangny­a akan dibenci orang. Orang tidak suka berdamping dengan mereka dan akhirnya mereka tersisih.

Rasulullah SAW menjelaska­n mengenai keutamaan buat orang yang dapat menahan amarahnya.

Daripada Muaz bin Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan amarah padahal dia mampu melakukann­ya, pada hari kiamat Allah SWT akan memanggiln­ya di hadapan seluruh makhluk, kemudian Allah menyuruhny­a untuk memilih bidadari yang dia sukai.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ?? Bersama Hilmi Isa
Bersama Hilmi Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia