Harian Metro

Rahsia negara

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

 Pendedahan surat CIA cemar kedaulatan

Surat ditulis agensi perisikan negara kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) tidak sepatutnya didedahkan mana-mana pihak kerana ia rahsia kerajaan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendedahan surat itu tidak sepatutnya berlaku kerana bertentang­an dengan dasar kerajaan berhubung kerahsiaan, khususnya membabitka­n maklumat risikan.

Katanya, kerajaan serta Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang didakwa menulis surat memohon sokongan badan perisik Amerika Syarikat (AS) itu, tidak perlu mengulas mengenai kebocoran maklumat berkenaan kerana ia bukan tindakan yang betul.

“Surat ini dibuat badan perisik kita. Bukan dasar kita nak mendedahka­n surat itu kerana ini rahsia kerajaan.

“Kalau kita dedahkan, maknanya tak ada apalah yang boleh kita anggap sebagai rahsia dalam negara.

“Secara dasarnya, kita tidak sepatutnya mengulas mengenai kebocoran seperti ini kerana ia amalan sangat buruk,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitk­an Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sama ada wujud surat seperti itu ditulis kepada negara lain.

Guan Eng turut menggesa siasatan menyeluruh dilaksanak­an berhubung surat terbabit kerana menyentuh kedaulatan negara.

Sebelum ini, tersebar sepucuk surat didakwa daripada MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidik­an di Jabatan Perdana Menteri (JPM), memohon sokongan CIA menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu ditandatan­gani Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan).

 ??  ?? NAJIB menjawab soalan wartawan ketika keluar dari Dewan Rakyat pada Persidanga­n Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen.
NAJIB menjawab soalan wartawan ketika keluar dari Dewan Rakyat pada Persidanga­n Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia