Harian Metro

Elak jadi mangsa pedofilia

-

Kuala Lumpur: Langkah menghalang perkahwina­n bawah umur bertujuan mengelakka­n kanak-kanak daripada menjadi mangsa eksploitas­i ‘pedofilia terhormat’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perkara itu perlu dihalang kerana kebanyakan kes perkahwina­n bawah umur bersifat ekploitasi sama ada atas isu ekonomi keluarga mangsa atau sekadar nafsu.

Menyifatka­n mereka berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur sebagai ‘pedofilia terhormat’, Mujahid berkata, larangan perbuatan itu bertujuan memelihara imej Islam dan masyarakat.

“Apa yang kita bincangkan adalah memperketa­tkan kawalan perkahwina­n bawah umur kerana ada klausa (membenarka­n perkahwina­n) dengan izin mahkamah.

“Jika sekadar ketatkan peraturan perkahwina­n bawah umur, ia hanya langkah sementara.

“Walaupun dalam Islam ia boleh, kita perlu faham dalam kepentinga­n awam yang lebih besar khususnya melindungi kanak-kanak, halangan ini wajar dilaksanak­an,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatka­n faktor usia bukan masalah besar dalam perkahwina­n, sebaliknya perlu mengutamak­an aspek pendidikan keluarga.

Ahli Parlimen Kubang Kerian daripada PAS itu turut memetik contoh budaya dalam kalangan Orang Asal yang menjadikan perkahwina­n ketika usia sekitar 15 dan 16 tahun sebagai budaya mereka.

 ??  ?? MUJAHID
MUJAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia