Harian Metro

‘Saya yakin kehadiran Najib tingkatkan sokongan kepada PKR’

- Tharanya Arumugam tharanya@nst.com.my

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, lawatan Datuk Seri Najib Razak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kelmarin membantu meraih sokongan kepadanya.

Beliau berkata, penolakan orang ramai terhadap Najib pada Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU14) secara tidak langsung membantuny­a meraih sokongan pengundi pada PRK itu.

“Saya yakin kehadiran bekas perdana menteri itu akan meningkatk­an sokongan kepada PKR kerana penolakan pengundi terhadap beliau adalah jelas (pada PRU14).

“Saya dimaklumka­n beberapa lawatan beliau terpaksa dibatalkan kerana penduduk Sungai Kandis menolak kehadirann­ya.

“Beliau (Najib) secara tidak langsung memberi kelebihan kepada saya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, semalam.

Mohd Zawawi berkata, ahli akar umbi PAS juga memberi jaminan memberi sokongan kepadanya.

“Sesiapa saja boleh menyatakan pandangan mereka dalam sistem demokrasi. Ketika bertemu atau menerusi telefon, ahli akar umbi PAS, kebanyakan juga rakan saya dalam kerja dakwah, menyatakan sokongan mereka,” katanya.

Program pesta durian percuma di Shah Alam bukan sebahagian daripada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi PRK itu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, program berkenaan tidak ada

 ?? Mohd Zawawi ?? Saya dimaklumka­n beberapa lawatan beliau terpaksa dibatalkan kerana penduduk Sungai Kandis menolak kehadirann­ya”
Mohd Zawawi Saya dimaklumka­n beberapa lawatan beliau terpaksa dibatalkan kerana penduduk Sungai Kandis menolak kehadirann­ya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia