Harian Metro

‘Kami kecewa’

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@nstp.com.my

 AIFW 2018 dibatal akibat tiada penaja

“Saya serik. Ini akan menjadi kunjungan terakhir saya ke Malaysia. Bayangkan, saya melalui insiden sama dua kali. Saya tidak percaya mengapa saya boleh berada di sini sekali lagi malam ini,” kata pereka fesyen dari Afrika Selatan, Tasneem Bulbulia.

Dia antara 38 pereka fesyen yang dijadualka­n mempamerka­n rekaan di pentas Minggu Fesyen Islamik Asia (AIFW) 2018 di MATRADE hingga Sabtu.

Kata Tasneem, dia kecewa dan berasa dipermaink­an berikutan langsung tidak mendapat notis pembatalan awal daripada penganjur.

“Tahun lalu saya menyertai AIFW di KLCC dan berlangsun­g dengan cemerlang. Banyak sambutan dan ucapan tahniah daripada rakan dan mereka dalam industri fesyen seluruh dunia.

“Mac lalu saya sepatutnya mempamerka­n rekaan di AIFW 2018 namun diberitahu acara terpaksa ditangguh berikutan masalah tajaan. Ketika itu saya terkandas selama seminggu di sini. Malu pada rakan kerana tidak dapat berada di pentas sedangkan saya begitu teruja berkongsi di media sosial.

“Kali ini saya dipujuk untuk kembali ke sini. Saya bawa anak yang masih bersekolah dan suami. Namun ternyata insiden lebih teruk berlaku,” katanya kesal.

Tambahnya, walaupun kecewa dengan penganjur, namun dia sedar tidak boleh menuding jari sepenuhnya kepada mereka kerana keputusan membatalka­n dipengaruh­i banyak aspek.

“Saya datang dari negara ketiga. Walaupun banyak halangan dan batasan dalam negara kami, namun kerajaan tidak pernah memandang remeh pada acara diperingka­t sebegini. Ini peringkat Asia. Puluhan pereka datang dari pelbagai negara membawa harapan untuk perniagaan masing-masing. Bukan pentas kecil yang boleh dipermaink­an,” katanya.

Keluhan sama disuarakan pereka Indonesia, Nila Baharuddin. Menurutnya, pembatalan mengejut sebegini tidak sepatutnya berlaku, apalagi membabitka­n pentas fesyen yang besar.

“Saya hanya mendapat tahu acara dibatalkan jam 6 petang tadi. Semua kru, pakaian dan kelengkapa­n sudah berada di sini. Kami mengeluark­an belanja yang besar untuk menyediaka­n busana, mengupah kru dan tukang jahit, membayar harga tiket kapal terbang, penginapan dan sewa logistik.

“Malu. Kita sudah menjemput tetamu, mempelawa media Indonesia, penulis blog, mengemaski­ni laman media sosial dan melakukan publisiti.

“Setakat ini, penganjur cuma maklum tidak mendapat tajaan lokasi. Selebihnya kami semua bingung. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mahu tak mahu, kami merancang membawa isu ini ke pejabat kedutaan untuk penyelesai­an lanjut,” katanya.

Pereka Malaysia, Nursuraya berkata, dia terbang dari Dubai ke Malaysia kelmarin bersama kru, kelengkapa­n dan pakaian yang hendak diperagaka­n malam ini, namun hampa diberitahu acara dibatalkan di saat akhir.

“Sebagai rakyat Malaysia sendiri, saya malu. Saya lihat ramai pereka dari luar negara bingung apabila diberitahu AIFW 2018 dibatalkan malam ini. Sama seperti mereka, saya habis ribuan ringgit untuk melakukan persediaan dan menanggung kos terbang ke sini bersama kru. Malah saya menyewa lori untuk menempatka­n peralatan dan kelengkapa­n,” katanya.

Dalam pada itu, pengasas AIFW, Fuza Umar ketika ditemui di ruang legar Menara MATRADE berkata, pihaknya kesal kerana terpaksa mengalah dan membatalka­n acara di saat akhir.

“Sejujurnya, kami tidak mempunyai tajaan yang cukup untuk membiayai sewa lokasi seperti dijanjikan.

“Kita sudah cuba sehabis baik hingga ke hari ini. Notis singkat terpaksa dikeluarka­n sebab ada pihak yang berjanji untuk menaja sebelum ini.

“Apapun, kami melihat semula semua aspek. Kami bertanggun­gjawab terhadap perkara ini dan merujuk isu kewangan untuk tujuan tuntutan balik,” katanya.

Jelas Fuza, dia tidak dapat memberi komen lanjut berhubung janji penaja, namun mengesahka­n AIFW 2018 tidak akan berlangsun­g tahun ini.

Hingga jam 10 malam tadi, Fuza dilihat mengambil inisiatif bersua muka secara peribadi dengan pereka yang menunggu di ruang legar Menara MATRADE.

 ??  ?? TASNEEM bercakap kepada wakil media selepas AIFW dibatalkan pada saat akhir di Kuala Lumpur.
TASNEEM bercakap kepada wakil media selepas AIFW dibatalkan pada saat akhir di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia