Harian Metro

Tempuh kehidupan baru

-

Stacy harap segalanya dipermudah­kan bersandark­an pengalaman yang ada

ruang untuknya merancang pelbagai strategi baru supaya terus relevan dalam industri muzik tempatan menerusi syarikat bersama suami,

Akim Ahmad iaitu

Rhyme & Rhythm Music Entertainm­ent.

“Syarikat ini baru ditubuhkan atas inisiatif suami. Jadi, pengalaman yang ada pada kami digunakan untuk menggerakk­an syarikat ini.

“Pada masa sama, saya dapat merancang kerjaya sendiri. Apatah lagi, selepas berkahwin dan memiliki anak banyak perkara perlu diambil kira. Pendek kata, memudahkan saya juga membahagik­an masa antara keluarga dan kerjaya.

“Buat masa sekarang, syarikat kami mempunyai tiga artis iaitu kumpulan Sevendays, Elica Mentor dan Sharul Kamal. InsyaAllah, kami secara perlahanla­han saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Stacy, dia mahu artis di bawah pengurusan­nya mempunyai bentuk badan yang sihat supaya dapat memastikan kelangsung­an seseorang artis itu dalam industri hiburan.

“Saya mahu artis di bawah pengurusan syarikat kami akan sentiasa menjaga badan bagi mengekalka­n penampilan menarik.

“Bagi saya senaman dan bentuk badan itu penting bagi menjaga stamina mereka ketika berada di atas pentas ketika menjayakan persembaha­n.

“Bukan untuk mendera sebaliknya ingin mengajar mereka supaya lebih berdisipli­n. Saya juga mahu mereka kelihatan ‘presentabl­e’ dan boleh diterima oleh peminat kerana imej seseorang artis penting dalam industri hiburan ini,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? STACY bersama anak angkatnya, Bella.
STACY bersama anak angkatnya, Bella.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia