Harian Metro

Demonstras­i buktikan spc berkesan

-

Inovasi kawal masalah padi angin, bendung penyalahgu­naan benih dan racun makhluk perosak tidak berdaftar

DARI MUKA V35

Program ini turut mendapat sokongan teknikal dan khidmat nasihat daripada DOA dan IADA Barat Laut Selangor sepanjang tempoh satu musim penanaman padi.

Inovasi SPC ini bagi mengawal masalah padi angin dan membendung penyalahgu­naan benih serta racun makhluk perosak tidak berdaftar.

Pengurus Kanan Asia Pasifik BASF George Varghese berkata, SPC adalah sistem yang terdiri daripada empat bahagian menggabung­kan biji benih padi teraku yang toleran racun herba dengan racun herba berkualiti tinggi dari BASF.

Beliau berkata, surfaktan untuk membantu racun herba melekat pada tanah walaupun dalam keadaan basah dan panduan penggunaan pengawasan terperinci yang menggarisk­an langkah yang sepatutnya diambil untuk penanaman padi Clearfield berjaya.

“Hasil yang diperoleh dari siri petak demonstras­i di sebuah ladang contoh menunjukka­n SPC adalah jalan penyelesai­an yang sangat efektif untuk mengawal padi angin, walaupun petak sawah di sekitarnya mengalami infestasi (serangan perosak).

“Petak demonstras­i menunjukka­n bahawa mengikut panduan penggunaan pengawasan sistem yang lengkap, SPC adalah jauh lebih berkesan berbanding amalan semasa yang biasa.

“Petani yang mengikut panduan penggunaan lengkap dapat mencapai hasil tuaian padi tujuh hingga lapan tan metrik sehektar,” katanya sempena Hari Ladang Kawalan Padi Angin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultu­r DOA Mohd Nasir Warris dan Pengerusi KPBPLT Mohd Saleh Abd Wahab.

Menurutnya, hasil demonstras­i itu menunjukka­n SPC adalah satu-satunya cara terbukti untuk mengawal serangan padi angin yang menjadi masalah di beberapa kawasan.

“BASF dan rakan niaga kami sudah membuat pelaburan yang besar dalam teknologi ini supaya petani mempunyai peralatan efektif untuk memerangi padi angin.

“Enam petak sawah untuk demonstras­i disemai pada April lalu apabila empat lot dikerjakan mengikut panduan penggunaan ditetapkan DOA, IADA dan BASF merangkumi penyediaan tanah secara komprehens­if serta jadual penggunaan racun herba yang ketat.

“Sementara dua lot lagi digunakan sebagai kawalan dan dikerjakan mengikut amalan yang menjadi kebiasaan petani. Perbezaan antara dua set petak sawah itu boleh dilihat dengan jelas

 ??  ?? GEORGE (tengah) dan petani melihat hasil padi yang menggunaka­n SPC.
GEORGE (tengah) dan petani melihat hasil padi yang menggunaka­n SPC.
 ??  ?? PETANI tertarik melihat pameran padi.
PETANI tertarik melihat pameran padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia