Harian Metro

Popularkan buah tempatan

-

FAMA giatkan kempen sasarkan peringkat kanak-kanak hingga dewasa

DARI MUKA V35

“Ia bagi mengelak lambakan pada musim besar buah-buahan tahun ini dan hasil pengeluara­nnya pula diagihkan dari kawasan pengeluara­n kepada kawasan pengguna khususnya di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena program itu, baru-baru ini. Turut hadir, Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Ahmad berkata, penurunan harga durian di seluruh negara ketika ini disebabkan lambakan pengeluara­nnya berbanding tahun lalu berikutan musim buahnya serentak membabitka­n beberapa negeri.

“Pada tahun ini begitu banyak buah termasuk durian yang menjadi. Berdasarka­n statistik tahun lalu jumlah pengeluara­n durian hanya 60,000MT sementara tahun ini sebanyak 180,000MT.

“FAMA turut membuat jualan terus di pasar tani, gerai buah-buahan segar (GBBS), agrobazaar, jualan di jabatan dan agensi kerajaan serta kawasan strategik.

“Buah-buah bermusim juga dihantar ke pasar raya termasuk lokasi strategik di seluruh negara. FAMA kini giat menjalanka­n promosi di Karnival Makan Buahbuahan Tempatan seperti Program Jom Makan Buah sekolah-sekolah, MyBest Buy, MAHA, HPPNK dan masyarakat berkenaan kebaikan menikmati buah-buahan tempatan selain menganjurk­an KenDurian (kenduri durian).

“Kami berharap dengan pendedahan ini mampu mempopular­kan kembali buah-buahan tempatan yang kian dilupakan. Rakyat Malaysia perlu mengambil peluang menikmati buah-buahan tempatan di musim besar ini pada harga berpatutan,” katanya.

Menurutnya, buahbuahan tempatan memiliki banyak khasiat untuk kesihatan, namun rakyat Malaysia masih tidak menyedari kelebihan sumber berkenaan.

“Rakyat Malaysia masih kurang makan buah-buahan tempatan dengan kadar pengambila­n ketika ini sekitar 63 kilogram (kg) setahun seorang.

“Kadar itu dilihat masih terlalu rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 400kg setahun seorang. Perbezaan ketara itu disebabkan tahap kesedaran rakyat yang masih kurang berhubung kebaikan buah-buahan tempatan.

“Untuk meningkatk­an kesedaran ini, kami giat menjalanka­n kempen makan lebih banyak buah-buahan tempatan yang menyasarka­n peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

“Buah-buahan tempatan yang baik untuk dinikmati masyarakat ialah durian, manggis, cempedak, duku, dokong dan rambutan,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pihaknya mengalu-alukan penganjura­n program itu yang disifatkan bukan saja memberi peluang kepada orang ramai menikmati ‘raja buah’ bahkan dapat mendekatka­n mereka dengan masjid.

“Alhamdulil­lah, program ini julung kali diadakan di Masjid

Negara dengan kerjasama FAMA. Tujuannya selain melariskan jualan FAMA kerana bertumpu di satu tempat, sekali gus mendekatka­n pengunjung dengan masjid.

“Program sebegini sangat baik, bukan saja musim buah tertentu dan kita mengalu-alukannya. Ia bagi memberi peluang kepada orang ramai dan pelancong asing yang datang melawat masjid ini menikmati buah-buahan tempatan,” katanya.Mohamad Hussin

 ??  ?? JEMAAH yang baru selesai menunaikan solat Jumaat mengambil kesempatan membeli durian sempena Program Jom Makan Buah.
JEMAAH yang baru selesai menunaikan solat Jumaat mengambil kesempatan membeli durian sempena Program Jom Makan Buah.
 ??  ?? AHMAD (empat
dari kiri) dan Ismail (empat
dari kanan) melawat gerai
jualan.
AHMAD (empat dari kiri) dan Ismail (empat dari kanan) melawat gerai jualan.
 ??  ?? PELANCONG China teruja menikmati
durian.
PELANCONG China teruja menikmati durian.
 ??  ?? GERAI jualan anak pokok turut disediakan.
GERAI jualan anak pokok turut disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia