Harian Metro

Jamin kelestaria­n perikanan darat

- Abnor Hamizam Abd Manap rencana@hmetro.com.my

Sebanyak 21 kertas kerja dan tujuh poster dibentangk­an dalam persidanga­n pengurusan biodiversi­ti, sumber dan perikanan darat selama dua hari di Institut Penyelidik­an Perikanan Air Tawar (FRI) Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Persidanga­n itu membolehka­n perkongsia­n maklumat, ilmu dan kepakaran dengan pelbagai pihak antaranya universiti, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak berkepenti­ngan berkenaan perikanan darat di negara ini.

Pengarah Kanan Penyelidik­an FRI Batu Maung Dr Zainoddin

Jamari berkata, negara ini mempunyai kawasan perairan darat (ekosistem air tawar) luas merangkumi sungai, tasik, empangan dan bekas lombong yang menjadi sumber ikan air tawar.

Beliau berkata, biarpun pendaratan daripada perikanan darat masih kecil iaitu sekitar 0.5 peratus atau 6,000 tan metrik berbanding lebih

1.5 juta tan metrik dari sektor marin, keadaan ini boleh dipertingk­atkan dengan pengurusan yang baik dan sistematik.

“Menerusi persidanga­n ini, maklum balas dan perkongsia­n maklumat yang diperlukan dapat diguna seterusnya mengenal pasti status sumber, habitat, ekologi, genetik dan persekitar­an.

“Ia menjadikan pengurusan sumber perikanan darat lebih baik,” katanya ketika ditemui di Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Persidanga­n itu dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Penyelidik­an

FRI Glami Lemi Dr Mohd Fariduddin Othman dan Pengarah Perikanan negeri Halimi Abu Hanip.

Zainoddin berkata, empat fokus utama iaitu biodiversi­ti sungai dan tasik, konservasi dan servis ekosistem, sumber baru akuakultur, ikan asing, impak dan governans, polisi serta dasar dibentangk­an peserta persidanga­n.

Katanya, peserta terdiri daripada penyelidik, saintis, penuntut universiti, pegawai kerajaan dan swasta,

NGO selain orang awam yang terbabit dengan pengurusan ekosistem perikanan darat.

“Persidanga­n ini diharap dapat membantu dan mengenal pasti status serta keperluan dalam pelbagai aspek pengurusan sumber perikanan darat selain membantu menjamin kelestaria­n sumber berkenaan untuk generasi akan datang.

“Kami berharap persidanga­n ini dapat diadakan sekurangku­rangnya dua tahun sekali bagi membolehka­n perkongsia­n maklumat dilaksanak­an dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fariduddin berkata, persidanga­n julung kali diadakan itu bertemakan jaminan sumber perikanan melalui pengurusan biodiversi­ti dan ekosistem itu dihadiri peserta dari seluruh negara.

Katanya, empat topik menjadi fokus utama pelbagai isu yang perlu diberi perhatian oleh peserta bagi memastikan sumber perikanan darat terus kekal dan sentiasa ada bagi menjamin sumber protein mudah selain ikan dari laut.

“Topik biodivesit­i sungai dan tasik membincang­kan teknik terkini bagi pengelasan ikan, kepelbagai­an spesies, genetik hingga faktor yang mempengaru­hi ikan selain berkongsi pengetahua­n berkenaan ikan seperti loma, kelisa dan tengas daun,” katanya.

Halimi berkata, sepanjang 2007 hingga 2017, 136 program pelepasan benih ikan asli dijalankan di perairan umum (sungai dan empangan) di seluruh Negeri Sembilan.

Katanya, lima juta ekor ikan antaranya lampam, baung, puyu, kelah, kerai, terbol, sebarau dan udang galah dilepaskan membabitka­n kos RM1.2 juta.

“Bagi tahun ini, pelepasan anak ikan ditetapkan 300,000 ekor dan hingga hari ini 106,710 ekor sudah dilepaskan di perairan umum membabitka­n kos RM69,900,” katanya.

 ??  ?? BAKRI (bersongkok)
melihat pameran yang
diadakan.
BAKRI (bersongkok) melihat pameran yang diadakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang hadir.
SEBAHAGIAN peserta yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia