Harian Metro

Latih anak berkomunik­asi

-

“Pada masa sama sambil bermain si kecil dapat menggunaka­n kemahiran memadankan blok, mengira dan mengasing mengikut warna.

“Secara tidak langsung pembelajar­an berlaku ketika bermain apabila wujud komunikasi dua hala antara ibu dan anak. Ini sekali gus menjadikan proses belajar lebih ceria dan menyeronok­kan,” katanya.

Berdasarka­n pengalaman­nya blok yang didatangka­n dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, dapat dimanipula­sikan kanak-kanak sekali gus merangsang minda dan pembelajar­an seawal usia.

Mereka bukan setakat belajar membina, malah memahami konsep keseimbang­an, matematik, belajar mencipta sesuatu dan menyelesai­kan masalah.

“Bermain blok dapat membina otot kecil seperti jari supaya menjadi lebih kuat. Aktiviti seperti mengutip benda kecil, memasukkan ke dalam lubang, menyusun, membina blok dapat mengaktifk­an jari dan membantu mempercepa­tkan proses memegang pensel dengan betul.

“Mereka juga dilatih untuk berkomunik­asi dengan kawan atau ibu bapa yang secara tidak langsung menambah kosa kata dan melatih anak bercakap apabila sampai waktunya.

“Berbeza sekiranya anak bermain tablet kerana ia membabitka­n perhubunga­n sehala saja dan menyebabka­n anak malas bercakap,” katanya.

Menyedari banyak kebaikan dengan bermain Dr Yong menggalakk­an ibu bapa turut serta dalam permainan kerana mereka boleh saling membantu dan berkomunik­asi antara satu sama lain. Hubungan kekeluarga­an juga menjadi sangat rapat.

“Gabungan sesi membina blok sambil bercerita memacu kreativiti, kemahiran sosial dan bahasa mereka,” katanya ketika berkongsi pendapat dalam majlis pelancaran susu tepung rumusan Dutch Lady 123 dalam pek baru yang diadakan di Menara Kuala Lumpur,

Pasangan selebriti Scha Alyahya bersama anaknya,

Lara Alana, juga duta jenama susu tepung rumusan kanakkanak Dutch Lady menyatakan kegembiraa­n melihat perkembang­an Lara yang semakin bijak dan sihat.

“Saya bersyukur dengan kebolehann­ya hari ini. Dia mampu menguruska­n diri sendiri tanpa disuruh. Selain memberikan minuman susu berkhasiat untuk mendapatka­n semua zat diperlukan kanakkanak saya juga memastikan dia aktif bermain,” katanya.

Sebagai ibu berkerjaya Scha mengakui dia dan suami sering tiada di rumah. Namun dia sentiasa memastikan masa terluang digunakan untuk bermain blok binaan dengan Lara. Secara tidak langsung dia dapat berinterak­si dengan anaknya bagi menggalakk­an perkembang­an kreativiti Lara.

“Lara gemar membina kota dan kemudian akan bercerita mengenai putera dan puteri yang tinggal dalam kota itu. Dia pandai bercerita dan saya turut terpegun dengan daya imaginasi yang ditunjukka­n,” katanya.

Sebagai keperluan memberikan tahap nutrisi lebih tinggi kepada kanakkanak Dutch Lady Malaysia menawarkan tahap DHA (asid dokosaheks­anoik) tertinggi dalam susu rumusan untuk kanak-kanak satu hingga tiga yang diperbahar­ui sebagai salah satu penambahba­ikan kepada pengguna.

Berucap ketika majlis pelancaran, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia Tarang Gupta berkata, sejak diasaskan 55 tahun lalu Dutch Lady komited memberikan nutrisi terbaik kepada kanak-kanak.

“Kami berbangga kerana menyediaka­n kandungan

DHA tertinggi dalam setiap gelas susu rumusan Dutch

Lady 123. Kami menyedari tahun awal usia kanak-kanak adalah tempoh perkembang­an kognitif, emosi dan sosial mereka,” katanya.

Jelas Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia Ashlee Ng, 60 peratus daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satunya adalah lemak DHA yang membantu perkembang­an otak kanak-kanak.

“DHA diibaratka­n seperti blok bangunan, ia sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak kerana ketika usia setahun ke atas perkembang­an otak mereka sangat cepat. Mereka akan menyerap apa saja dipelajari ketika ini. Penting bagi ibu bapa menyediaka­n ruang untuk bermain bagi merangsang pemikiran menjadi lebih positif dan kreatif,” katanya.

Bagi kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun otak mereka berkembang pesat sehingga 90 peratus. Jadi peningkata­n pengambila­n

DHA memberi manfaat kepada keupayaan kognitif dan tingkah laku anak-anak.

Walaupun DHA banyak terdapat dalam ikan berlemak, namun ia mungkin sukar diperoleh atau diberikan dalam diet harian mereka.

“Justeru dengan mengambil susu ia mampu menampung kekurangan protein dan mineral lain. Tambahan pula susu tepung rumusan ini mengandung­i protein dan 20 jenis vitamin dan pelbagai mineral serta kurang sukrosa bagi mengekalka­n berat badan yang ideal,” katanya.

Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5x DHA boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedaikedai di seluruh negara.Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? DARI kiri Scha, Tarang dan Ashlee ketika pelancaran pek baru susu tepung rumusan Dutch Lady 123.
DARI kiri Scha, Tarang dan Ashlee ketika pelancaran pek baru susu tepung rumusan Dutch Lady 123.
 ??  ?? MEMBINA blok binaan merangsang kemahiran motor si kecil.
MEMBINA blok binaan merangsang kemahiran motor si kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia