Harian Metro

Beri ruang pengasuh luah perasaan

-

Menurut Pengasas Terapi Seni Ekspresi atau Modul REST merangkap kaunselor berdaftar Dr Rafidah Kastawi, ada banyak faktor yang boleh mendorong penderaan ke atas anak asuhan seperti yang kini hangat diperkatak­an. Sebagai kaunselor yang pernah mengendali­kan kes penderaan anak asuhan, jelas Dr Rafidah, selepas diselidiki dia mendapati pengasuh mempunyai rasa tidak puas hati atau masalah emosi yang belum selesai ketika zaman kanak-kanak.

“Pada zaman kanakkanak dia tidak dihiraukan keluarga dan wujud rasa kecewa. Perasaan ini terbawa-bawa sehingga dewasa. Apabila berlaku sesuatu perkara seperti tekanan melampau, ruang lingkup kerja yang luas menyebabka­n dia melampiask­an rasa marah kepada si kecil dengan memukul atau mencederak­an mereka,” katanya.

Oleh itu dari sudut psikologi, sangat penting untuk kita menyelesai­kan persoalan lampau yang masih membelengg­u fikiran kerana ia boleh mempengaru­hi kehidupan pada masa kini. Misalnya rasa marah, tertekan atau kurang kasih sayang ibu bapa atau orang di sekeliling perlu diluahkan kepada mereka yang boleh dipercayai. Sekiranya tidak diselesaik­an, sampai satu masa ia akan dipindahka­n kepada individu yang hampir dengan diri mereka. Tidak mustahil pengasuh juga pernah didera suatu ketika dulu yang mendorong mereka menjadi pendera. Ada kajian di luar negara yang membuktika­n perlakuan ini apabila ada unsur balas dendam, keras hati, melawan dan memberonta­k dalam diri yang dilindungi oleh sifat sebaliknya.

Menjelaska­n mengenai kesan dialami sama ada pendera atau si kecil, jelas Dr Rafidah, fitrahnya trauma yang dialami akan tersimpan kekal sepanjang hayat. Jangan beranggapa­n anak tidak tahu apa-apa kerana masih kecil. Pada usia satu hingga enam tahun otak si kecil mudah menyerap apa saja yang berlaku di sekeliling mereka.

“Oleh itu amat penting ibu bapa mendapatka­n rawatan selanjutny­a daripada pakar, sentiasa memastikan emosi si kecil berada dalam keadaan baik dan tidak mendedahka­n kepada perkara yang boleh mewujudkan trauma buat kali kedua,” katanya.

Bagi pendera pula sudah pasti rasa bersalah akan menghantui diri sepanjang hayat. Apatah lagi jika bayi yang didera mengalami kecederaan fizikal dan mental. Lebih parah jika meninggal dunia. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabka­n tekanan mental atau gila. Bagi mengatasi masalah ini Dr Rafidah mencadangk­an supaya pengusaha taska memberikan ruang kepada pengasuh meluahkan perasaan atau apa saja yang tersimpan di hati mereka.

“Beri mereka ruang untuk bercerita apa yang dirasai contohnya kesukaran mengendali­kan anak, keletihan diberikan kerja yang tidak setimpal atau mungkin juga masalah peribadi seperti kewangan dan keluarga. Bina sistem sokongan di taska sama ada untuk pengusaha.

Jika pengasuh di rumah suami dan keluarga anak asuhan perlulah memberi sokongan supaya mereka tidak berasa bersendiri­an berhadapan dengan masalah,” katanya.

Jika melihat ada perubahan pada diri pengasuh seperti bertukar pendiam atau resah gelisah, segera bawa mereka bertemu kaunselor atau pakar psikiatrik demi keselamata­n anak-anak dan juga reputasi taska mereka sendiri.

Bagi ibu bapa pula sentiasa pantau kesihatan anak. Sekiranya melihat ada calar atau kesan lebam pada tubuh dan kemaluan segera bawa anak bertemu doktor. Anak-anak kecil yang sudah pandai bercakap biasanya tidak berbohong. Oleh itu jangan abaikan aduan anak. Ibu bapa juga dinasihatk­an meningkatk­an ilmu keibubapaa­n dengan menghadiri pelbagai kelas atau bengkel yang diadakan agensi tertentu.

“Terutama mereka yang mengendali­kan asuhan di rumah supaya mendapatka­n sijil asuhan awal kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya dapat mengelak daripada pelbagai kes yang berlaku pada masa kini. Sijil itu menandakan mereka sudah mendapatka­n maklumat mengenai didikan awal kanak-kanak dan cara berhadapan dengan kemalangan di rumah,” katanya.

Pada masa sama Dr

Rafidah menggalakk­an pengasuh, ibu bapa dan anak meluahkan perasaan menerusi cara melukis dan mewarna kerana ia cara terbaik untuk mengekspre­si emosi dan luahan masalah yang membelengg­u fikiran. Melukis bersama anak-anak pula dapat mengeratka­n perhubunga­n di antara satu sama lain.

 ??  ?? DR RAFIDAH
DR RAFIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia