Harian Metro

Sesuai untuk si manja

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Ayam mentega dengan rasa susu lemak

manis atasi cerewet pilih hidangan

Kanak-kanak sering mengelak menikmati hidangan pada waktu makan sehingga ada ibu terpaksa berlari-lari ketika menyuapkan makanan untuk si kecil mereka.

Mungkin disebabkan rasa hidangan seperti terlalu pedas dan berminyak menyebabka­n ia tidak disukai kanak-kanak.

Ada pula ibu bapa hanya menyediaka­n makanan jenis rebus seperti sup bagi memastikan anak dapat menikmatin­ya. Malangnya ia amat membosanka­n.

Untuk mengelak kanakkanak cerewet memilih hidangan, ibu bapa perlu bijak mempelbaga­ikan rasa. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan mentega dan susu segar dalam menu harian mereka.

Menurut cef program Dapur Bujang, Fendi Mohammad, ayam mentega sangat sesuai untuk diberikan kepada anak yang cerewet dan sangat memilih. Rasa susu yang manis dan berlemak sesuai untuk sesiapa saja terutama mereka yang tidak tahan pedas.

“Namun ibu bapa boleh meletakkan cili padi bergantung pada cita rasa masing-masing. Hidangan ini juga berkhasiat kerana tidak menggunaka­n minyak.

“Oleh itu, pilih mentega berkualiti untuk rasa dan khasiat yang tinggi. Susu pula boleh ditukar kepada susu segar rendah lemak,” katanya yang menunjukka­n cara menyediaka­n ayam mentega kepada pembaca Hati.

Bahan-bahan

200 gram isi ayam

2 sudu mentega

2 ulas bawang putih 3 tangkai cili padi (ikut kepedasan)

3/4 gelas susu cair

Garam

Lada hitam secukup rasa

 ??  ?? 2. PANASKAN mentega hingga cair. Masukkan ayam dan kacau.
3. APABILA ayam sudah sedikit masak masukkan bawang putih kacau sehingga naik bau.
4. TAMBAHKAN cili padi untuk sedikit pedas.
5. MASUKKAN daun kari.
6. SUSU segar untuk rasa berlemak dan manis. Kacau perlahan sehingga kuah sedikit pekat kemudian tutup apinya. Ia sedia dihidangka­n bersama nasi panas.
2. PANASKAN mentega hingga cair. Masukkan ayam dan kacau. 3. APABILA ayam sudah sedikit masak masukkan bawang putih kacau sehingga naik bau. 4. TAMBAHKAN cili padi untuk sedikit pedas. 5. MASUKKAN daun kari. 6. SUSU segar untuk rasa berlemak dan manis. Kacau perlahan sehingga kuah sedikit pekat kemudian tutup apinya. Ia sedia dihidangka­n bersama nasi panas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia