Harian Metro

Angkat kesusaster­aan melayu

-

Peradaban

Nama seperti Tun Sri Lanang, Hamka, Datuk A Samad Said, Datuk Usman Awang dan WS Rendra menjadi nama yang begitu asing dalam kalangan masyarakat.

Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) menyedari hakikat ini dan mengambil inisiatif mementaska­n Siri Teater Ruang Tamu bagi mengangkat dan mengembali­kan kegemilang­an kesusaster­aan Melayu dan sekali gus meningkatk­an penghargaa­n umum terhadap seni itu.

Siri Teater Ruang Tamu - Kembang Layarku karya Iryanda Mulia Ramly arahan Raihan MJ serta mendapat sentuhan Fauziah Nawi ini akan dipentaska­n di Studio STEFANI, Taman Putra Sulaiman, Ampang mulai malam ini hingga Ahad mulai jam 9 malam. Ia membariska­n tiga pelakon iaitu Mohd Nor Hafiz, Syuhada, Fathi dan Iellyas Fitri.

Iryanda berharap dapat menyampaik­an mesej mereka terutamany­a kepada generasi akan datang dan sekali gus meningkatk­an penghargaa­n umum terhadap persekitar­an budaya, seni dan warisan tempatan.

“Teater Ruang Tamu adalah salah satu inisiatif STEFANI dalam pembanguna­n teater. Dengan kemampuan kewangan yang terhad, STEFANI mengambil pendekatan yang luar dari kebiasaan apabila memaksimum­kan ruang yang sedia ada bagi tujuan pementasan.

“Bermula dengan ruang tamu yang berkeluasa­n 4 meter x 4 meter STEFANI tekad menggunaka­n ruang ini bagi pementasan monodrama.

Ini bagi membuktika­n ruang bukanlah halangan bagi STEFANI untuk terus berkarya,” katanya.

Menurutnya, walaupun ruang yang diguna pakai agak kecil, tetapi ia memberi kesan yang lebih intim dengan penonton seterusnya membawa penonton ke dalam permainan pementasan itu sendiri.

“Kami cuba membuang tanggapan konversion­al apabila sesuatu pementasan kena dibuat di panggung atau pentas khas, sebaliknya berasakan seni pementasan itu sendiri dapat berjalan dan berkembang jika aktivis teater berfikir secara lebih kreatif dan inovatif dalam menjadikan kekurangan kepada satu kelebihan.

“Cetusan idea ini berjaya apabila ramai penonton yang menonton rata-rata menyatakan kekaguman pada usaha STEFANI yang unik,” katanya.

Sepanjang penubuhann­ya sejak 1995, STEFANI sudah mempersemb­ahkan beberapa naskhah teater karya sasterawan dalam dan luar negara seperti Dari Bintang Ke Bintang (Usman Awang), Orang Kota Baru (S. Othman Kelantan), Barguru Dengan Binatang (Baha Zain), Topeng-Topeng (Baha Zain), Perjalanan Bu Aminah (WS Rendra), Nyanyian Angsa (WS Rendra) dan Faust (Johann Wolfgang Von Goethe).

Siri Teater Ruang Tamu temui penonton mulai malam ini sehingga Ahad

 ??  ?? PELAKON teater Kembang Layarku mengadakan latihan.
PELAKON teater Kembang Layarku mengadakan latihan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia