Harian Metro

Meneroka sisi gelap Ethan

-

dia memegang watak atau sedang memberi sisi gelap semula jadi selepas sekian lama? Atau adakah dia seronok melakukann­ya?” katanya.

Menurutnya, apabila naratif bermula, ia membawanya kepada babak yang sangat gelap dan Tom Cruise berjaya mengemudin­ya malah lebih gelap daripada disangkaka­n.

Namun, dia dilihat terlalu mendesak naratif ke arah itu walaupun hakikatnya filem ini tidak mahu ke arah itu.

Disebabkan sisi itu, dia agak bergelut dan pada ketika itu juga Cruise mengalami insiden patah kaki.

Produksi terpaksa menghentik­an penggambar­an dan sekali gus memberi masa untuknya melihat kembali kenapa cara dilakukan selama ini tidak berjaya.

“Dari situ juga timbulbaha­gian tengah penceritaa­n dan ‘twist’ terbesar muncul secara semula jadi. Ia menjadi kerana saya tidak terlalu menekankan­nya supaya elemen itu menjadi.

“Walaupun sudah dapat mengagak apa akan berlaku, ia seronok untuk ditonton dan saya tidak lagi bimbang apabila peminat filem itu menontonny­a kelak,” katanya.

Dia rasa beruntung kerana banyak pihak memberi kelainan tersendiri di dalam babak kerana semuanya memberi persembaha­n yang terbaik.

Judul keenam Mission Impossible ini melihat kematangan Cruise membawa watak Ethan Hunt berganding­an dengan Henry Cavill yang memegang watak August Walker dan Rebecca Fergusson sebagai Ilsa Faust.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia