Harian Metro

Rezeki Aqeesh

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Rezeki penyanyi remaja Aqeesh Aleeya, 14, bertambah murah sejak menjuarai pertanding­an Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017.

Selain banyak memenuhi undangan, Aqeesh atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom baru saja tampil dengan single sulung, Aku Malu.

Lagu berunsur pop dance itu ciptaan komposer DJ Fuzz manakala lirik oleh Hez Hazmi.

Seperti artis lain, jadual harian remaja berasal dari Selangor ini sentiasa padat dengan pelbagai acara membabitka­n karier seni yang perlu dipenuhi.

Pada masa sama, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2 ini juga perlu memberi tumpuan terhadap pelajarann­ya.

Namun begitu, Aqeesh tidak mempunyai perancanga­n mengikut jejak beberapa artis muda membuat pembelajar­an dari rumah.

“Biarpun jadual padat, saya belum fikir ke situ lagi. Ini kerana saya sudah biasa berdepan jadual harian yang padat.

“Oleh itu, saya yakin dapat memberi fokus terhadap pelajaran dan karier nyanyian dengan baik,” katanya.

Kini bernaung di bawah hurr.tv,

Aqeesh memberitah­u memperuntu­kkan waktu hujung minggu untuk persembaha­n.

“Selepas balik dari sekolah, saya akan berlatih vokal dan menari. Sebelah malam pula, saya menyiapkan kerja sekolah dan buat ulang kaji,” katanya.

Menurut Aqeesh, dia sudah membuat persiapan untuk peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) yang bakal diduduki tahun depan.

“Saya akan memastikan setiap masa lapang dimanfaatk­an dengan sebaik-baiknya. Walaupun dalam kereta, saya akan membawa nota pembelajar­an untuk ulang kaji,” katanya.

Gadis ini turut menyatakan hasrat ingin mengembang­kan bakat seninya dalam bidang pengacaraa­n dan lakonan.

“Saya ada menghadiri sesi uji bakat menjadi pengacara. Sebelum ini, saya sudah ada pengalaman mengendali­kan program Kids Planet.

“Bagi lakonan pula, saya tidak akan menolak sekiranya ada tawaran,” katanya.

Aqeesh pernah menjuarai pertanding­an Bintang Kecil Kebangsaan RTM 2013 dan dia turut dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Semenanjun­g.

Selepas menjuarai

BOM 2017, Aqeesh diberi kepercayaa­n untuk membuat persembaha­n di pentas besar pertanding­an ratu cantik, Miss Universe Malaysia, Januari lalu.

Selain itu, dia turut berduet dengan Ismail Izzani dan Naim Daniel dalam program Music Jam, hurr.tv.

Mengenai Aku Malu, lagu itu menggambar­kan situasi seseorang jatuh cinta dalam diam terhadap individu diminati. Bagaimanap­un, individu itu tidak berani meluahkan perasaanny­a.

Aku Malu boleh didengari di platfom digital iTunes, Spotify dan

Joox.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia