Harian Metro

Bukan bahana heroin

Teka-teki jenis dadah diambil Demi terus diajukan di media sosial

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Insiden ini semestinya satu dugaan yang cukup besar buatnya. Demi belum bersedia untuk mati dan dia sangat bersyukur masih bernyawa sumber

Selepas berita mengejutka­n Demi Lovato dimasukkan ke hospital disebabkan pengambila­n dadah jenis heroin berlebihan, terbaru laporan berkenaan didakwa tidak benar.

Demi, 25, yang dimasukkan hospital kelmarin bukan mengambil heroin sebaliknya dadah jenis lain.

Menurut sumber terdekat, mereka meminta spekulasi itu dihentikan dan berharap terus mendoakan kesihatann­ya semakin baik.

“Demi sudah sedar di samping keluargany­a dan mereka berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta terus menyokongn­ya.

“Mereka juga memohon supaya diberikan ruang privasi selain menghentik­an spekulasi liar terhadapny­a.

“Kesihatan dan pemulihann­ya adalah hal yang paling penting sekarang,” kata sumber berkenaan.

Terdahulu, penyanyi Stone Cold itu ditemui tidak sedarkan diri dalam kediamanny­a namun belum ada pengesahan mengenai dadah jenis apa diambilnya.

Sekali gus, ia menyangkal pelbagai laporan awal yang dibuat mendakwa Demi mengambil heroin secara berlebihan.

Menurut sumber itu, ia insiden yang memberinya kesedaran terbesar apabila penyanyi itu dikatakan sangat bersyukur dia masih bernyawa.

“Insiden ini semestinya satu dugaan yang cukup besar buatnya. Demi belum bersedia untuk mati dan dia sangat bersyukur masih bernyawa.

“Dia akan meninggalk­an hospital selepas ini dan terus memasuki pusat pemulihan. Anggota keluargany­a berada setia di sisinya dan membantu dia daripada segala aspek,” katanya.

Pada masa sama, rakan selebriti termasuk Ruby Rose, Jonas Brothers dan Lady Gaga terus-menerus memberikan kata-kata sokongan terhadapny­a.

Tidak ketinggala­n, teka-teki mengenai dadah apa yang diambilnya terus diajukan di media sosial.

Bekas kekasihnya Wilmer Valderrama dalam kenyataann­ya sangat terkejut sebaik mendapat tahu mengenai kisah malang itu.

Kata sumber, dia tidak sangka dan sangat bersedih atas nasib Demi.

“Dia tahu Demi melalui masa yang sangat sukar namun tidak sangka bertindak sedemikian.

“Dia pernah melihat sendiri jatuh bangunnya selain menjadi sumber kekuatan Demi sewaktu berada dalam kegelapan. Jadi, untuk mengetahui Demi kembali ke aktiviti asalnya itu benar-benar menyedihka­n.

“Yang pasti, dia sentiasa sayangkan Demi dan penyanyi berkenaan itu sendiri sebenarnya berharap mereka akan kembali bersama semula,” kata sumber itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia