Harian Metro

Bersih taska elak HFMD merebak

-

Alor Setar: Sebuah taska di sini, mengambil inisiatif menutup premis itu sehari, khusus untuk membersihk­an keseluruha­n taska berikutan penularan wabak penyakit kuku, tangan dan mulut (HFMD) sejak awal bulan ini.

Inisiatif itu dilakukan Taska Sinar Nur Kasih Isnin lalu, selepas ibu bapa bersetuju pusat asuhan itu ditutup bagi membolehka­n semua peralatan termasuk permainan, tombol pintu, dinding dan katil dibersihka­n.

Pengusahan­ya, Minarni Mohd Hussin berkata, kerja pembersiha­n menggunaka­n ce- cair pembasmi kuman bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang itu turut dibantu ibu bapa.

“Bimbang penularan wabak ini, saya mengambil langkah menutup taska selama sehari selepas merujuk kepada LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara) untuk membersihk­an keseluruha­n kawasan premis yang boleh disentuh kanak-kanak.

“Menariknya, usaha kami ini turut disokong ibu bapa apabila mereka mengambil cuti sehari untuk menjaga anak selain membantu kami membersihk­an semua peralatan,” katanya ketika ditemui NSTP, di sini, semalam.

Pada masa sama, Minarni berkata, pihaknya turut membeli alat cucian selain cecair pembasmi kuman untuk diberikan kepada semua lapan kakitangan yang ditugaskan menjaga kanak-kanak dan bayi.

Selain itu, beliau turut memantau dan memeriksa semua 40 bayi dan kanak-kanak yang ditempatka­n di TASKA ini ketika dihantar ibu bapa bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan.

“Kalau ikutkan memang kami melakukan kerja pembersiha­n secara harian dan mingguan, namun kali ini kami lakukan secara besar-besaran serta terperinci kerana bimbang kuman penyebab wabak HFMD ini boleh ada di mana-mana.

“Selain itu, kami juga mengambil langkah pantas apabila tidak membenarka­n ibu bapa menghantar anak mereka ke TASKA ini apabila melihat ada tanda ruam yang dibimbangi HFMD,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN Taska Sinar Nur Kasih membersihk­an katil kanak-kanak untuk mengelak pengularan wabak HFMD.
KAKITANGAN Taska Sinar Nur Kasih membersihk­an katil kanak-kanak untuk mengelak pengularan wabak HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia