Harian Metro

MyRumah siri ke-3

- Mohd Fahmi Mohd Yusof cnews@nstp.com.my

 Pameran Hartanah anjuran NSTP kembali ke Johor Bahru

Buat kali ketiga berturut-turut, siri Pameran Hartanah MyRumah anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) kembali ke Johor Bahru.

Pameran siri ketiga itu bakal menemui orang ramai di bandar raya itu mulai 3 hingga 5 Ogos depan di lokasi sama seperti tahun sebelumnya iaitu pusat beli-belah, Komtar JBCC.

Pengurus Besar Pengiklana­n Roche Chew berkata, tujuh pemaju dan empat syarikat bukan pemaju akan menyertai MyRumah Johor Bahru 2018 dengan lebih 500 unit kediaman ditawarkan untuk dijual.

Katanya, tujuh pemaju yang mengambil bahagian ialah Pulai Springs Resort Berhad, Bukit Pelali, Eco Tropics Sdn Bhd, Uda Land, Johor Land Berhad, Grand View Reality SB (Huayang) dan Sunway Iskandar Sdn Bhd.

“Empat lagi pempamer bukan pemaju yang terbabit dengan MyRumah Johor Bahru ialah Amanah Raya Berhad, Bank Muamalat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Takaful Ikhlas Berhad.

“Bagi MyRumah Johor Bahru, kami sasarkan jumlah pengunjung sama seperti tahun lalu iaitu seramai 10,000 atau lebih kali ini sepanjang tiga hari pameran di Komtar JBCC.

“Pameran hartanah MyRumah juga akan menyediaka­n khidmat perundinga­n hartanah dengan mensasarka­n kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus sederhana (M40) selain mereka yang baru berkeluarg­a,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas taklimat media bersama semua pemaju yang turut serta pada pameran hartanah MyRumah Johor Bahru 2018 di bilik mesyuarat Komtar JBCC di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengiklana­n Wilayah NSTP, S Linggaraj.

Dalam perkembang­an lain, Chew berkata, Johor menjadi lokasi ketiga penganjura­n siri ketiga pameran hartanah MyRumah selepas Shah Alam dan Sungai Petani, Kedah sebelum diteruskan ke lokasi keempat di pusat beli-belah Mahkota Parade, Melaka.

“Kita merancang untuk menambah satu lagi lokasi pameran hartanah MyRumah selepas Melaka, bagaimanap­un kita belum boleh mengumumka­n lokasinya dan selepas semuanya muktamad, kita akan umumkan,” katanya.

 ??  ?? CHEW (tengah) bersama wakil pemaju pada sesi taklimat Pameran Hartanah MyRumah 2018 di Komtar JBCC, Johor Bahru.
CHEW (tengah) bersama wakil pemaju pada sesi taklimat Pameran Hartanah MyRumah 2018 di Komtar JBCC, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia