Harian Metro

Nafi Geng 08

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

 23 tak mengaku ahli kumpulan kongsi gelap

Seramai 23 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 08 sejak tiga tahun lalu.

Mereka ialah R Nagarajan, R Ganesh, K Ron Raniel, K Balamuruli, V Anith Kumar, P Sharveswar­an, R Alagendran Pillai, S Kanagadran, M Satish Varman, S Shashi Kumar, G Thiagu, S Pandian, C Navin Naidu, M Neriendran, V Shasi Kumar, B Seleveraj, P Nagulan, M Parwin, L Pravin Kumar, N Saravanan, M Indran, S Sathiaseel­an, M Arivanatha­n.

Semua tertuduh berusia 19 hingga 38 tahun.

Mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Berdasarka­n pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 08 di Kuala Lumpur antara 1 Januari 2015 hingga 28 Mac lalu. Pertuduhan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum bawah subseksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala 15 daripada 23 tertuduh itu diwakili peguam Maurice Ernest Scully, Kenny Tan Cheng Yee, Lee Wenxu, Muhammad Fakkurulla­h Roslan dan K Komagan.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan ahli Geng 08 dalam Operasi Capital Kuala Lumpur (Op Capital KL) 2018 dari 28 hingga 30 Mac lalu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 23 tertuduh dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
SEBAHAGIAN daripada 23 tertuduh dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia