Harian Metro

Jangan panik auta penipu

- Sri Ayu Kartika Amri news@nstp.com.my

 Pelabur PNB dinasihat hati-hati dengan helah sindiket Macau Scam

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang juga pengurus tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) menasihati pelabur supaya sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi dan pelaburan dengan pihak yang tidak dikenali.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, pelabur tidak perlu melayan sebarang panggilan yang bertanya mengenai butiran pelaburan walaupun pemanggil mendakwa mereka adalah pegawai bank atau pegawai ASNB.

“Jika menerima sebarang panggilan yang mencurigak­an, pelabur disarankan agar jangan mudah panik dan tidak membuat sebarang transaksi membabitka­n pengeluara­n ASB atau unit amanah ASNB yang lain.

“Untuk mendapatka­n kepastian, pelabur boleh menghubung­i Jabatan Pengurusan Ejen dan Perhubunga­n Pelanggan ASNB di talian 03-20573000 atau terus berhubung dengan pihak polis untuk membuat semakan atau aduan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebagai pengurus unit amanah yang mengurus lebih 229 bilion unit dalam edaran milik lebih 13.4 juta pemegang akaun, ASNB sentiasa komited melindungi wang pelabur dengan menggunaka­n sistem keselamata­n terbaik.

Namun, pelabur diminta untuk peka dan mengambil tahu mengenai kewujudan sindiket seperti kerana ASNB tidak boleh membantu menggantik­an wang pelaburan mereka sekiranya wang berkenaan dikeluarka­n oleh pelabur sendiri setelah dipengaruh­i sindiket terbabit.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad menyampaik­an sijil penghargaa­n dan cenderahat­i 1,000 unit Amanah Saham Wawasan 2020 kepada ejen ASNB yang telah berjaya membantu seorang pelabur ASB daripada diperdaya oleh sindiket

Dalam kejadian berkenaan, pelabur terbabit telah menerima panggilan daripada seorang pemanggil yang menyamar sebagai pegawai bank dan mendakwa beliau terbabit dalam jenayah penggubaha­n wang haram, serta mengarahka­n beliau memindahka­n wang RM120,000 untuk mengelakka­n tindakan undang-undang.

Pelabur yang panik pergi ke cawangan ejen ASNB berdekatan untuk mengeluark­an semua wang pelaburan ASBnya untuk dipindahka­n ke akaun baru sepertiman­a diarahkan pemanggil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia