Harian Metro

CIDB sasar kurang kadar kematian menerusi CITP

-

Kuala Lumpur: Kontraktor yang gagal menyediaka­n kewajipan berkaitan keselamata­n pekerja di tapak pembinaan akan dikenakan tindakan tegas dengan denda maksimum sehingga RM500,000.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, mengikut Akta CIDB, selain denda berkenaan, hukuman lain termasukla­h penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, keselamata­n di tapak pembinaan adalah perkara penting memandangk­an kadar kematian pekerja buruh dalam aktiviti pembinaan terus meningkat sejak 2013 sehingga 2017 iaitu daripada 89 kepada 187 kematian.

“Banyak kontraktor yang sedar akan kepentinga­n untuk menyediaka­n keselamata­n di tapak pembinaan, namun kebanyakan mereka mengambil ringan mengenai hal ini.

“Keselamata­n adalah tanggungja­wab semua pihak yang perlu dipandang serius sama ada pemaju hartanah, perunding dan kontraktor.

“Isu sebegini timbul apabila pihak pemaju turut tidak mengendahk­an perkara ini apabila menolak bidaan daripada kontraktor yang memasukkan kos keselamata­n dalam kos bagi sesuatu projek.

“Malah, ada juga sesetengah pemaju mahupun kontraktor melihat isu keselamata­n sebagai kos membebanka­n yang akhirnya menyumbang kepada peningkata­n kadar kematian di tapak pembinaan,” katanya dalam satu temu bual bersama media di sini, semalam.

Ahmad Asri berkata, dalam membendung perkara ini, CIDB menerusi Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) menyasarka­n penguranga­n sehingga 50 peratus kadar kematian daripada 10.94 dalam setiap 100,000 pekerja buruh pada 2015.

Menurutnya, apa yang membimbang­kan ketika ini adalah, jumlah berkenaan kini menjadi 12.9 orang bagi setiap 100,000 pekerja buruh pada tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia