Harian Metro

9,300 kes direkod

- Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my

Sebanyak 9,300 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Selangor sejak Januari sehingga minggu lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdaya­an Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kanak-kanak berusia bawah enam tahun paling ramai dilaporkan dijangkiti iaitu sebanyak 8,501 kes.

“Sebanyak 568 kes jangkitan berlaku kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dan 231 kes membabitka­n mereka yang berusia 13 hingga 15 tahun.

“Kes jangkitan HFMD ini memuncak pada awal Mei lalu iaitu pada minggu ke-17 sehingga minggu ke-21 dengan kira-kira 600 jangkitan seminggu direkodkan di seluruh negeri,” katanya dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Beliau berkata, angka berkenaan kini sudah menunjukka­n penurunan kepada 300 kes jangkitan seminggu selepas itu sehingga minggu lalu.

Katanya, bagaimanap­un ia masih lagi pada tahap berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kelmarin pihaknya tidak menerima maklumat daripada Kementeria­n Kesihatan berhubung tadika, taska atau sekolah rendah diarahkan tutup berikutan wabak berkenaan.

“Saya tidak pasti jika ada sekolah yang sudah ditutup hari ini (semalam) tetapi sehingga mesyuarat yang diadakan, semalam (kelmarin), masih tiada sekolah ditutup.

“Taska boleh ditutup jika diarah oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan untuk sekolah, ia mengikut bidang kuasa guru besar atas nasihat pegawai kesihatan,” katanya.

Siti Mariah berkata, dalam usaha mengurangk­an jangkitan penyakit berkenaan, kerajaan negeri giat menjalanka­n kempen kesedaran terutama kepada ibu bapa dan pengusaha taska mengenai faktor kebersihan dan untuk mengenal pasti tanda awal dijangkiti penyakit berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyaranka­n supaya setiap pengusaha taska, pusat jagaan dan guru melakukan saringan terhadap kanak-kanak dan pelajar mereka.

 Kanak-kanak bawah 6 tahun paling ramai dijangkiti HFMD

 ??  ?? DR Siti Mariah menunjukka­n statistik kes HFMD di Selangor dari tahun 2017 sehingga Julai 2018.
DR Siti Mariah menunjukka­n statistik kes HFMD di Selangor dari tahun 2017 sehingga Julai 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia