Harian Metro

Saja buat isu

Kawad kaki Goose Step tiada kaitan fahaman komunis

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Tiada kaitan komunis! Itu penjelasan diberikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berhubung dakwaan wujudnya kaitan antara kawad kaki Goose Step atau Kawad Angsa dengan fahaman komunis.

Beliau berkata, perkara itu seharusnya tidak dijadikan isu memandangk­an kawad yang dipraktikk­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama ini mempunyai unsur ketenteraa­n British.

“Ia sepatutnya tidak menjadi satu isu, kalau kita ingin katakan Goose Step macam komunis, sedangkan kawad kita hari ini mempunyai unsur British, apakah bezanya? Kita sedang mengkaji kesesuaian, buat masa sekarang apa yang ada hari ini sesuai dengan keadaan fizikal, badan dan pemakaian anggota kita dan sebagainya.

“Jadi, apabila kita diberi arahan untuk melihat Goose

Step, kita kena tengok kesesuaian­nya, kita tidak boleh menjadikan alasan Goose Step digunakan negara komunis maka kita perlu menolaknya, kita bukan nak meniru sesiapa. Ia adalah satu cara sekumpulan orang berkawad yang mempamerka­n disiplin, kecergasan, kesegakan dan sebagainya, itu elemen ketenteraa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan upacara penutup Kejohanan Olahraga Peringkat Tentera Darat ke-37 di Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi di sini, semalam.

Zulkiple berkata, pihaknya menerima arahan untuk mengkaji Goose Step dan ia masih dalam peringkat awal sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya difahamkan ada kumpulan berlatih kawad

Goose Step untuk dipersemba­hkan kepada peringkat atasan untuk dinilai.

“Selepas itu, kita akan mengadakan perbincang­an bagi melihat kesesuaian untuk mempraktik­kannya. Perkara ini masih dalam kajian. Saya rasa dalam tempoh dua minggu lagi kawad ini akan dipertonto­nkan kepada pihak atasan,” katanya.

Kawad kaki Goose Step tular di beberapa portal dan media sosial selepas tersebarny­a satu surat arahan meminta satu kajian dibuat mengenai kesesuaian kawad berkenaan.

Selain itu, turut tular video memaparkan beberapa anggota ATM berlatih kawad itu.

Perkara itu didakwa menerima kecaman dan maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang mendakwa pergerakan kawad berkenaan mirip gaya kawad komunis.

Sementara itu, Zulkiple sekali lagi mengingatk­an pemakaian pakaian tentera termasuk pakaian celoreng oleh orang awam adalah satu kesalahan.

Katanya, tindakan boleh diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang yang diperuntuk­kan.

FAKTA Turut tular video memaparkan beberapa anggota ATM berlatih kawad Goose Step

 ?? FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN ?? ZULKIPLE (tengah) ditemu bual pada majlis penutup Kejohanan
Olahraga Tentera Darat 2018.
FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN ZULKIPLE (tengah) ditemu bual pada majlis penutup Kejohanan Olahraga Tentera Darat 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia