Harian Metro

Kerja percuma

-

„ ‘Putera Arab’ gagal tunai janji bayar gaji kepada 18 individu sejak April lalu

memaklumka­n dia memiliki 33 anak syarikat dalam pelbagai sektor termasuk perdaganga­n emas, minyak dan gas serta akademi latihan.

“Saya yang yakin dengan kata-kata lelaki terbabit kemudian menerima tawaran dan mula bekerja sebagai pembantu peribadi, kerani dan pengurus IT pada 9 April lalu selepas temu duga kali kedua dengan gaji dijanjikan sebanyak RM7,000 sebulan,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Pejabat Biro Aduan MCA, di sini, semalam.

Hui Shin berkata, pejabat kononnya milik syarikat dimiliki lelaki terbabit sebelum ini terletak di tingkat 36 Menara Maxis, namun kemudian berpindah ke Wisma Central selepas dikatakan gagal membayar sewa berjumlah RM120,000.

“Saya tidak pernah diberikan surat tawaran dan gaji sehingga saya berhenti kerja pada 2 Julai lalu. Lelaki terbabit juga enggan menandatan­gani surat tawaran yang saya sediakan sendiri dan pekerja lain syarikat berkenaan.

“Saya meminta gaji apabila syarikat itu gagal membayarny­a pada bulan pertama saya bekerja di syarikat itu. Dia berjanji akan membayar sebaik mendapat bantuan kewangan daripada ahli keluarga dirajanya dan saya percaya apa diberitahu­nya.

“Ada 18 individu bekerja di syarikat berkenaan dan kami semua tidak menerima bayaran gaji. Syarikat itu berhutang sebanyak RM21,588 bagi gaji dan kerja lebih masa yang saya lakukan sepanjang tempoh tiga bulan bekerja di situ,” katanya.

Hui Shin berkata, dia dimaklumka­n rakannya yang lelaki terbabit sebenarnya adalah pelarian Iraq yang menetap di negara ini dan dipercayai bukan Putera Arab Saudi seperti didakwa.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong meminta orang ramai yang mencari pekerjaan supaya berhati-hati dengan taktik sindiket berkenaan.

Katanya, mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia