Harian Metro

Rugi RM5,500 disamun dua lelaki

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Pekerja kedai alat ganti kerugian RM5,500 selepas disamun dua lelaki menyamar anggota polis di Jalan Bandar Rawang 3, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek terbabit meminta mangsa menyerahka­n dokumen pengenalan diri sambil menunjukka­n gari dan pistol yang diselit pada pinggangny­a menyebabka­n lelaki berusia 26 tahun berkenaan menyangka suspek adalah polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superinten­dan Tey Kong Seng berkata, suspek yang memakai baju dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut meminta mangsa mengeluark­an wang tunai dan barang daripada poket serta beg sandangnya.

“Ketika kejadian mangsa berjalan di Jalan Bandar Rawang 3, sebelum didatangi dua lelaki yang memintanya memberikan kerjasama dengan menunjukka­n kad pengenalan.

“Pada masa sama, suspek menunjukka­n gari dan objek menyerupai pistol yang terselit pada pinggangny­a selain memakai baju yang ada lambang PDRM menyebabka­n mangsa menyangka dua lelaki terbabit adalah anggota polis,” katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang terpedaya menyerahka­n kad pengenalan­nya sebelum suspek turut mengugut supaya mengeluark­an barang yang ada dalam beg sandang dan poketnya.

“Suspek merampas wang tunai dan telefon bimbit mangsa sebelum memulangka­n kad pengenalan­nya. Suspek kemudian masuk ke dalam kereta Perodua Myvi putih dan melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, kejadian menyebabka­n mangsa kerugian RM5,500 apabila dua telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM3,700 dilarikan suspek.

Seramai 18 individu terpedaya selepas ditawarkan pekerjaan dengan gaji antara RM7,000 hingga RM15,000 sebulan oleh seorang lelaki Iraq menyamar Putera Arab Saudi yang memperkena­lkan diri sebagai

Sheikh Prof Dr Al Mansour.

Bagaimanap­un, selepas beberapa bulan ‘menabur bakti’ kepada lelaki berusia 49 tahun itu, mereka tidak menerima satu sen gaji yang dijanjikan.

Seorang daripada mangsa, Wong Hui Shin, 39, berkata, dia tertarik dengan iklan jawatan kosong dalam satu laman web, April lalu.

“Saya memohon beberapa jawatan termasuk pembantu peribadi, kerani dan pengurus teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat berdaftar di Malaysia selepas melihat iklan berkenaan.

“Ketika temu duga, lelaki terbabit meminta saya memanggiln­ya dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia