Harian Metro

Nampak polis baru gelabah

- Safeek Affendy Razali am@hmetro.com.my

 Pengguna jalan raya sekelip mata berdisipli­n selepas lihat kelibat anggota trafik buat operasi

Nampak polis baru gelabah! Itu gelagat sebahagian besar pengguna jalan raya yang didapati masih bersikap mementingk­an diri dengan melakukan pelbagai kesalahan trafik ketika hendak ke tempat kerja.

Namun, mereka secara drastik akan menjadi pengguna jalan raya berdisipli­n apabila melihat kelibat pegawai dan anggota polis menjalanka­n operasi.

Tindakan itu dapat dilihat dalam Operasi Potong Q dan Kiri Jalan yang dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di dua lokasi di Lebuhraya Lingkaran Hubungan Timur Barat berhampira­n Taman Connought dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampira­n Desa Petaling menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur, semalam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam operasi dijalankan sejak kelmarin dan berakhir semalam, kesalahan memotong barisan atau ‘potong Q’ serta memandu di kiri jalan atau laluan kecemasan banyak dilakukan pengguna jalan raya.

“Apa yang saya lihat, kebanyakan pengguna jalan raya ini akan mematuhi peraturan dan undang-undang apabila mereka melihat pasukan keselamata­n menjalanka­n tugas penguatkua­saan.

“Namun, apabila mereka (pengguna jalan raya) lihat

Apa yang saya lihat, kebanyakan pengguna jalan raya ini akan mematuhi peraturan apabila mereka melihat pasukan keselamata­n”

Zulkefly Yahya

tiadanya kereta peronda atau anggota trafik mengawasi keadaan lalu lintas atau membuat pemeriksaa­n, mereka akan kembali melakukan kesalahan,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan, semalam.

Beliau berkata, tiada guna jika pengguna jalan raya hanya gerun dan takut kepada polis namun di dalam diri mereka tiada langsung sikap mengutamak­an keselamata­n serta patuh kepada undang-undang.

“Kalau melihat pada keadaan dan situasi seperti ini nampaknya pihak kami (JSPT) Kuala Lumpur akan melakukan lebih banyak dan lebih kerap lagi penguatkua­saan di jalan raya sekitar ibu negara.

“Seterusnya, apabila mereka benar-benar patuh pada undang-undang dan faham erti sebenar keselamata­n dan pemanduan berhemah, barulah kita akan kembali melakukan pemantauan,” katanya.

Katanya, operasi berkenaan adalah kesinambun­gan daripada Op Selamat yang dijalankan pada musim perayaan Aidifitri lalu selain turut menumpukan enam kesalahan utama jalan raya iaitu memandu melebihi had laju dibenarkan, memotong sebelah kiri, melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, menggunaka­n telefon bimbit serta laluan kecemasan.

Dalam operasi disertai seorang pegawai dan 16 anggota penguat kuasa JSPT Kuala Lumpur itu, sebanyak 292 saman POL 257 diberikan kepada pesalah lalu lintas serta-merta dan 570 saman yang dirakam melalui kamera dikeluarka­n.

 ??  ?? POLIS Trafik Kontinjen Kuala Lumpur ketika Operasi Potong Q dan Kiri Jalan di Lebuhraya Hubungan Timur Barat menghala ke arah pusat bandar.
POLIS Trafik Kontinjen Kuala Lumpur ketika Operasi Potong Q dan Kiri Jalan di Lebuhraya Hubungan Timur Barat menghala ke arah pusat bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia