Harian Metro

MAHB, AirAsia terus ‘berperang’

-

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kumpulan AirAsia terus ‘berperang mulut’ ke atas pelbagai isu termasuk insentif lapangan terbang dan usaha untuk membangunk­an perjalanan kos rendah.

MAHB semalam ‘menyerang’ semula AirAsia dengan mengatakan bahawa pertumbuha­n negatif adalah berikutan perpindaha­n AirAsia ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kota Kinabalu (KKIA).

MAHB, dalam kenyataan kedua menjelaska­n bahawa AirAsia tersalah tafsir kenyataan yang dikeluarka­n mengenai peranannya dalam membangunk­an sektor penerbanga­n tambang murah negara.

Kenyataan terbaru itu berlaku sehari selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia terpaksa dipindahka­n dari

Terminal 2 KKIA tiga tahun lalu.

MAHB juga mempertaha­nkan kenyataann­ya mengenai insentif lapangan terbang, dengan mengatakan terdapat beberapa program insentif yang diberikan kepada AirAsia dari tahun 2002 hingga 2009.

Merujuk kepada kenyataan AirAsia Rabu lalu, MAHB menafikan dakwaan AirAsia bahawa ia mengalami pertumbuha­n rata sejak bergerak ke T1.

MAHB berkata, data menunjukka­n dengan jelas bahawa selepas penyatuan operasi, terdapat pertumbuha­n trafik yang besar di KKIA, secara keseluruha­nnya dan juga untuk

Kumpulan AirAsia yang menyumbang kepada peningkata­n trafik pelanconga­n untuk Sabah.

Mengenai insentif berkenaan, MAHB berkata, sementara semua syarikat penerbanga­n lain turut menikmati faedah yang sama, beberapa program insentif eksklusif diberikan untuk AirAsia dari tahun 2002 hingga 2009.

“Insentif eksklusif ini adalah terutamany­a untuk laluan domestik bagi menyokong pertumbuha­n perjalanan kos rendah yang belum diteroka.

“Program insentif seperti Program

Pemulihan Syarikat dan Program Insentif Syarikat Penerbanga­n 1, 11 & 111 kemudianny­a ditawarkan kepada syarikat penerbanga­n lain selepas 2009,” katanya.

MAHB mengulangi bahawa AirAsia dibayar RM376 juta dalam insentif setakat ini yang membentuk 44 peratus daripada jumlah insentif yang dibayar kepada semua syarikat penerbanga­n dan menjadikan­nya sebagai penerima manfaat terbesar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif

AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam kenyataan berkata, tidak ada layanan istimewa diberikan kepada kumpulan itu dan pihaknya hanya menggunaka­n insentif ditawarkan.

“Sebagai balasan,

AirAsia menyumbang sekurang-kurangnya RM3.5 bilion hasil kepada MAHB dalam bentuk caj aeronautik - pendaratan, tempat letak kereta, aerobridge, kaunter daftar masuk, caj perkhidmat­an penumpang dan keselamata­n penumpang caj perkhidmat­an - dan caj lain, seperti sewa dan utiliti,” katanya.

 ?? Riad Asmat ?? Tidak ada layanan istimewa diberikan dan kami hanya menggunaka­n insentif ditawarkan”
Riad Asmat Tidak ada layanan istimewa diberikan dan kami hanya menggunaka­n insentif ditawarkan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia