Harian Metro

Perlombong­an catat produktivi­ti tertinggi

-

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n produktivi­ti buruh yang positif sebanyak 3.8 peratus kepada RM81,268 untuk tahun 2017 berbanding RM78,294 pada tahun 2016.

Menteri Industri dan Perdaganga­n Antarabang­sa, Darell Leiking berkata, sektor perlombong­an merekodkan pertumbuha­n produktivi­ti tertinggi pada 6.8 peratus diikuti perkhidmat­an (5.0 peratus), pengeluara­n (4.3 peratus), pembinaan (2.4 peratus) dan agrikultur pada 1.4 peratus.

“Mengikut perbanding­an dengan beberapa negara dalam Asia dari sudut produktivi­ti buruh setiap pekerja dalam dolar Amerika Syarikat (AS), Malaysia pada kadar AS$64,259, mendahului Thailand (AS$31,515), China (AS$30,099), Indonesia (AS$26,336), Filipina (AS$20,096) dan India (AS$17,164).

“Bagaimanap­un, dari segi pertumbuha­n produktivi­ti buruh, Malaysia masih ketinggala­n dengan dua ekonomi sedang pesat membangun iaitu China pada 7.1 peratus dan India (4.3 peratus),” katanya pada sidang media selepas pelancaran buku Laporan Produktivi­ti 2017/2018 di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Malaysia Productivi­ty Corporatio­n (MPC) Tan Sri Azman Hashim, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Isham Ishak dan Ketua Pengarah MPC Datuk Mohd Razali Hussain.

Mengulas lanjut, Darell berkata, untuk tahun 2018, produktivi­ti buruh negara dijangka berkembang di antara 3.0 dan 4.0 peratus mengambil manfaat daripada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang positif di antara 5.5 dan 6.0 peratus tahun ini.

 ?? Darell Leiking ?? Dari segi pertumbuha­n produktivi­ti buruh, Malaysia masih ketinggala­n dengan dua ekonomi sedang pesat membangun iaitu
China dan India”
Darell Leiking Dari segi pertumbuha­n produktivi­ti buruh, Malaysia masih ketinggala­n dengan dua ekonomi sedang pesat membangun iaitu China dan India”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia